Wanita itu dan adiknya menyerang suami serta teman wanitanya menggunakan kerusi yang dilempar ke arah mereka. – Suara.com |
JAKARTA – Suasana tenang di sebuah pusat vaksinasi di Indonesia bertukar kecoh gara-gara seorang wanita mengamuk dengan melempar kerusi ke arah suaminya kerana didapati curang dengan wanita lain, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Menerusi keterangan pada satu video yang tular, wanita tersebut dijadualkan untuk menerima suntikan vaksin pada hari yang telah ditentukan, namun, suaminya dikatakan tidak dapat menemaninya.
Wanita itu kemudiannya meminta adiknya untuk menemaninya. Sampai sahaja di pusat vaksinasi, wanita itu terkejut melihat suaminya berada di situ sambil memegang tangan wanita lain.
Wanita itu lantas menuju ke arah mereka dan menyerang suami serta teman wanitanya.
Viral aksi lempar kursi saat vaksinasi COVID-19. Kursi terbang itu melayang saat istri pergoki suami selingkuh. |
Pergaduhan menjadi semakin serius apabila kerusi-kerusi yang disediakan di pusat vaksinasi tersebut mula ‘terbang’ sehingga menyebabkan orang ramai termasuk petugas kesihatan tergamam melihat aksi tersebut.
Tiada seorang pun yang tampil untuk meleraikan pergaduhan itu, sebaliknya mereka hanya menyaksikan ‘drama’ tersebut sambil melakukan aktiviti vaksinasi.
Viral Suami Kepergok Selingkuh di Tempat Vaksin. (Instagram/@peristiwa_sekitar_kita) |
“Mantap kerusi terbang,” tulis seorang lagi pengguna. – AGENSI