Kerajaan umum PKPD di 22 lokaliti di Sabah - Hishammuddin

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP



Kuala Lumpur: Sebanyak 22 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sabah bermula Ahad ini hingga 14 Ogos nanti.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pelaksanaan itu membabitkan 22 lokaliti di Sabah.

"6 lokaliti dikenakan PKPD di Tawau, Sabah adalah Bandar Sabindo, Kampung Rancangan Sungai Tongkang, Taman Kukusan, Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman Jalan Apas, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak dan Taman Berjaya.

"Di Keningau, Sabah pula, 5 lokaliti dikenakan PKPD iaitu Kampung Bariawa Laut, Kampung Baitah, Kampung Panagatan Ulu, Kampung Kota Ayangan dan Rumah Kongsi Jutaya Lingkudau," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hishammuddin berkata, 3 lokaliti dikenakan PKPD di Kudat, Sabah adalah Kampung Seri Aman, Taman Orkid dan Kampung Damaran Banggi.


Hishammuddin menjelaskan sebanyak 67 premis diarahkan tutup serta merta dalam 93,420 pemeriksaan Pasukan Task Force Operasi Pematuhan pada Khamis.
"Di Sandakan pula terdapat 3 lokaliti dikenakan PKPD iaitu Kampung Lupak Meluas Darat, Kampung Sundang Laut dan Flat Taman Sejati, manakala 2 lokaliti di Kota Kinabalu pula adalah Taman Sempelang, Sembulan serta Kampung Sembulan Tengah dan Lama.

"Terdapat masing-masing satu lokaliti dikenakan PKPD di Kampung Tempasuk, Kota Belud; Kampung Tengah Padang, Putatan; dan Kampung Babagon, Penampang, Sabah," katanya.


Beliau berkata, 1 lokaliti di Kota Belud iaitu Kampung Siansai Dundau pula dilanjutkan PKPD dari Ahad ini hingga 13 Ogos nanti.

"Selain itu, PKPD di 4 lagi lokaliti iaitu PPR Taman Ehsan, Kudat; Kampung Naruntung, Pitas; Ladang Sawit KLK Lungmanis dan Perumahan Kilang, Lahad Datu, Sabah turut ditamatkan hari ini.


"Selain itu, 2 lokaliti masing di Kampung Perpaduan Gumpa, Kudat, Penjara Tawau dan Kuaters Penjara Taman Ehsan, Tawau turut ditamatkan PKPD.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.