“Fokus Bantu Rakyat, Bukan Waktu Yang Sesuai Nak Berpolitik”- Tun M

Kickbola.net DR Mahathir Mohamad. FOTO arkib NSTP

'Ini bukan masa sesuai untuk politik' - Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah memberi nasihat kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli politik supaya lebih fokus membantu kebajikan rakyat bukan berpolitik di waktu-waktu sukar ini.

K
ami tidak terbabit dengan politik mereka. Waktu ini bukanlah masa sesuai untuk politik.

"Kita hanya tumpu kepada usaha untuk membantu rakyat. Kita tidak akan bersama kerajaan, namun kita berharap kerajaan membenarkan penubuhan majlis ini (Majlis Pemulihan Negara)," kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, pada waktu ini Pejuang hanya menumpukan usaha membantu rakyat yang terkesan serta mengawal penularan Covid-19.

Menurutnya, Pejuang akan mengemukakan usul mengenai penubuhan Majlis Pemulihan Negara dalam sesi parlimen akan datang.


Dr Mahathir berkata, soal sama ada beliau akan menjadi Perdana Menteri interim juga tidak timbul kerana tumpuan Pejuang ketika ini ialah memerangi Covid-19 dan membantu rakyat.

Katanya, pihaknya mempunyai kaedah tertentu yang difikirkan terbaik untuk keluar dari kemelut berkenaan.


"Kami yakin penubuhan Majlis Pemulihan Negara sebagai badan bebas adalah kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu kesihatan dan ekonomi negara.

"Ia dapat meredakan keadaan sekali gus membantu rakyat yang berdepan krisis ketika ini," katanya pada sidang media secara maya hari ini.


Dalam pada itu beliau mengumumkan, Pejuang sudah pun berjaya didaftarkan sebagai sebuah parti politik bermula hari ini.

"Hari ini (pendaftaran Pejuang). Diluluskan oleh menteri dan pendaftar pertubuhan," katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.