Vaksin Johnson & Johnson dan vaksin CanSino diperkenalkan. |
KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) hari ini, memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan bencana membabitkan dua lagi vaksin COVID-19.
Keputusan yang dimuktamadkan menerusi mesyuarat PBKD ke-361 hari ini, meliputi penggunaan vaksin Sinopharm dan Johnson & Johnson (J&J), sekali gus menyaksikan ia jenis pelalian kelima serta keenam dimasukkan dalam portfolio Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah meluluskan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi vaksin COVID-19 Sinopharm dan Johnson & Johnson.
Beliau berkata, vaksin J&J yang hanya memerlukan satu dos suntikan pula dibangunkan Janssen Pharmaceutica N.V. dari Belgium.
Kenyataan Akhbar KPK 16 Julai 2021 - Keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kali Ke-361 Berkenaan Pendaftaran Vaksin COVID-19
Kementerian Kesihatan Kesihatan (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-361 telah bersidang pada hari ini, 16 Julai 2021.Mesyuarat telah bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi dua (2) produk vaksin COVID-19 iaitu:
- COVILO Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated
- Pemegang pendaftaran: Duopharma (M) Sdn. Bhd.
- Pengilang: Beijing Institute of Biological Products Co. Ltd. (BIBP), China
- COVILO merupakan vaksin yang dibangunkan oleh China National Biotec Group Company Limited (CNBG), Sinopharm, yang juga dikenali sebagai vaksin COVID-19 Sinopharm.
- Janssen COVID-19 Vaccine Suspension for Injection
- Pemegang pendaftaran: Johnson & Johnson Sdn. Bhd.
- Pengilang: Janssen Pharmaceutica N.V., Belgium
Kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.
KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD. Kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk dewasa Malaysia mencapai imuniti kelompok (herd immunity) selaras dengan sasaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia