Belum ada kad fizikal lengkap vaksin, kata menteri

Kickbola.net Khairy Jamaluddin berkata, belum ada kad fizikal lengkap vaksinasi dikeluarkan kerajaan.



PUTRAJAYA: Kerajaan belum mengeluarkan sijil lengkap pengambilan dos vaksin berbentuk kad yang dicetak, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.

Beliau juga menegaskan sebarang kad yang dijual di pasaran dan ditularkan baru-baru ini, bukan dikeluarkan oleh kerajaan.

“Tidak ada kad fizikal, hanya ada sijil digital di aplikasi MySejahtera. Itu sahaja,” katanya dalam sidang media perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba.

Adham turut menegaskan bahawa kad tersebut tidak diiktiraf kerajaan atau diterima sebagai bukti telah melengkapkan dos suntikan vaksin.


Hanya ada sijil digital di aplikasi MySejahtera - Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba
Menurutnya, kerajaan akan mengeluarkan MY Covid-19 Vaccination Badge dalam bentuk kad dicetak tidak lama lagi sebagai bukti bahawa seseorang individu telah menerima suntikan vaksin Covid-19. Sabah antara negeri terawal terima vaksin CanSino


“Hanya sijil digital dalam aplikasi MySejahtera sahaja diakui kerajaan. Buat masa ini, kami menunggu kelulusan Kabinet untuk keluarkan MY Covid-19 Vaccination Badge,” katanya.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.