Pesawat Sriwijaya Air terhempas

Jeremy Renner
Berikutan kehilangan pesawat sriwijaya petang tadi. Berberapa penemuan dipercayai dari pesawat Sriwijaya Air. Sama sama kita doakan agar penumpang dan anak kapal selamat.

Sebuah pesawat komersial Sriwijaya Air dilaporkan hilang kontak selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak, hari ini.

Pesawat Sriwijaya Air yang membawa 50 penumpang terputus hubungan 4 minit setelah berlepas dari Jakarta dan dikatakan menjunam 10,000 kaki dalam tempoh seminit.

M
enurut jurucakap Kementerian Perhubungan (Pengangkutan) Indonesia, pesawat komersial itu berlepas jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat dan dijadualkan tiba di Pontianak, jam 3.15 petang waktu Indonesia Timur (4.15 waktu Indonesia Barat).

Data pengesanan penerbangan menunjukkan jet itu menjunam ke laut hanya empat minit selepas berlepas "Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada 2.40 petang waktu Indonesia Timur, sebelum hilang," kata jurucakap berkenaan menerusi pesanan ringkas WhatsApps. 

Pihak berkuasa memaklumkan, pesawat itu membawa 62 penumpang dan kru, termasuk 10 kanak-kanak, yang kesemuanya adalah warga Indonesia. 


Menurut media tempatan, yang memetik penduduk tempatan, mendakwa melihat sebuah pesawat terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta.

Jeremy Renner
[DIKEMASKINI] Pesawat komersial Sriwijaya Air, SJ182 yang dalam penerbangan dari Jakarta ke Pontianak, Indonesia dilaporkan hilang dari radar pada Sabtu, lapor portal CNN Indonesia.
Pesawat tersebut dilaporkan terputus hubungan ketika melalui di daerah Kepulauan Seribu, Jakarta. "Konfirmasi hilang kontak dan saat ini masih diselidiki," kata Pengurus Cawangan Komunidkasi PT Angkasa Pura 2, Haerul Anwar ketika diminta pengesahan. 

Pihak berkuasa memaklumkan, pesawat itu membawa 62 penumpang dan kru, termasuk 10 kanak-kanak, yang kesemuanya adalah warga Indonesia.

Berdasarkan flightradar24, pesawat Sriwijaya Air laluan Jakarta-Pontianak itu bertolak dari Bandara Soekarno-Hatta, Tangerang, Banten pada jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat dan sepatutnya tiba di destinasi pada jam 3.15 petang.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.