i-Sinar :Permohonan pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian bagi kemudahan akses ke Akaun 1 ahli KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar, pada 18 November ini.
Permohonan i-Sinar KWSP Pengeluaran Simpanan Akaun 1 (Semakan Status)

Individu layak boleh memohon pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 1, mulai bulan depan.

P encarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF) boleh membuat permohonan i-Sinar iaitu pengeluaran simpanan KWSP akaun 1. Pada pembentangan Belanjawan 2021, telah pun diumumkan bahawa ahli-ahli pencarum KWSP yang kehilangan pekerjaan (dijangka sekitar 600,000 ahli yang terjejas) akan menerima manfaat ini



Bagaimanapun, ramai yang masih menyuarakan bahawa pemberian pengeluaran akaun 1 KWSP ini sepatutnya diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan duit yang disimpan di dalam EPF adalah hasil duit simpanan pekerja atau pencarum sendiri.

 

Dalam masa yang sama, beberapa pihak juga turut mendesak bagi membenarkan pengeluaran secara one-off iaitu RM10 ribu sekaligus bagi memudahkan orang ramai menggunakannya sebagai modal untuk berniaga dan memperoleh lebih pendapatan. Ini secara tak langsung dapat membantu menaikkan ekonomi negara.

 

Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021, pengeluaran bagi Akaun 1 KWSP adalah sebanyak RM500 sebulan sehingga 12 bulan iaitu RM6,000 secara keseluruhan. Terdahulu, pencarum juga telah dibenarkan untuk mengeluarkan duit daripada akaun 2 KWSP iaitu sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan juga. Ini bermaksud secara total RM12,000 boleh dikeluarkan daripada KWSP

 

Peringatan INFO TERKINI: PERINCIAN i-SINAR AKAN DIUMUMKAN 18 NOVEMBER 2020
Menurut Berita Harian, KWSP kini dalam proses memuktamadkan perincian kemudahan akses ke Akaun 1 yang dikenali sebagai i-Sinar
Perincian lanjut akan dikeluarkan oleh KWSP pada 18 November 2020
Permohonan i-Sinar boleh dibuat mulai bulan depan


Permohonan i-Sinar KWSP Pengeluaran Duit KWSP Secara Online (Akaun 1)

Berikut akan dinyatakan perincian lanjut mengenai cara permohonan i-Sinar Akaun 1 KWSP sebaik sahaja diumumkan oleh KWSP

VIDEO PENJELASAN PENGELUARAN DUIT AKAUN 1
akan dikemaskini

 

Tarikh Bayaran

Berdasarkan akhbar Berita Harian, bayaran amaun yang boleh dikeluarkan dari Akaun 1 KWSP akan dikreditkan ke dalam akan bank pemohon pada tarikh berikut:

  • Tarikh Kredit: Bermula Januari 2021

Sumber: Berita Harian

 

Lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari, i-Sinar akan diperincikan pada 18 November 2020. Inisiatif ini menghadkan amaun pengeluaran sebanyak RM500 maksimum demi keperluan ahli dalam jangka masa pendek serta kesejahteraan masa depan persaraan mereka . Amaun pengeluaran sebanyak RM500 sebulan kini dijangka akan dikreditkan akaun bank pemohon bermula Januari 2021 bagi menampung keperluan ahli yang terkesan. Untuk makluman, pengeluaran i-Lestari yang dilancarkan pada April 2020, dijangka mencecah RM30 bilion pada Mac 2021.

 

Maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenari pengeluaran Akaun 1 KWSP, boleh menghubungi talian bantuan seperti berikut:

 

Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan, jika permohonan diluluskan, amaun boleh diakses sebanyak RM500 sebulan itu akan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon, bermula Januari tahun depan. Katanya, perincian mengenai akses untuk inisiatif pengeluaran itu yang dikenali sebagai i-Sinar, akan diumumkan pada Rabu depan. 


Melihat kepada situasi yang dialami rakyat ketika ini, rakyat pasti menyokong mesej dari saudara ini


Kerajaan sedia benarkan lebih ramai keluar caruman Akaun 1


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia memperluas jumlah pencarum yang layak bagi pengeluaran caruman Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dengan semua pihak, khususnya KWSP.

Beliau berkata, cadangan itu dibuat mengambil kira keresahan rakyat yang terkesan dengan impak penularan COVID-19.

"Selepas rundingan itu selesai, kita perlu tunggu dalam beberapa hari lagi untuk saya serta KWSP umumkan berhubung usaha memperluas kepada lebih 600,000 rakyat menerima faedah ini.

"Kita juga akan jelaskan juga mengapa kita buat demikian," katanya pada sidang media di Wisma BERNAMA, di sini hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November lalu, Tengku Zafrul mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000, bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban ahli yang terjejas.

Pada April lalu, KWSP memperkenal skim kemudahan pengeluaran Akaun 2 i-Lestari yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan, selama tempoh 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000, memberi manfaatkan kepada kira-kira 4.7 juta ahli dengan nilai RM11.6 bilion.

Sementara itu, ditanya mengenai kemungkinan Dewan Rakyat tidak meluluskan Belanjawan 2021, Tengku Zafrul berkata, jika perkara itu berlaku, kerajaan tidak dapat membayar gaji penjawat awam dan bantuan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi COVID-19.

Bagaimanapun, katanya, beliau optimis belanjawan membabitkan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan yang memfokuskan kepada usaha membantu rakyat dan pemulihan perniagaan serta ekonomi negara itu akan diluluskan.

"Bagi saya, kalau belanjawan ini dapat menolong negara kita, jadi tiada sebab untuk belanjawan ini tidak diluluskan dan ditolak (Dewan Rakyat).

"Kalau ditolak, dari segi ekonominya kita tidak dapat bayar komitmen kerajaan, termasuk untuk membayar bantuan kepada rakyat," katanya.

Menteri kewangan itu juga turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa sekolah vernakular dipinggirkan dalam peruntukan Belanjawan 2021.

Katanya, pada sesi pembentangan belanjawan itu, peruntukan untuk sekolah tidak diklasifikasikan mengikut jenis sekolah dan menambah perincian peruntukan bagi setiap jenis sekolah akan dijelaskan oleh Kementerian Pendidikan tidak lama lagi. – BERNAMA

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.