Sepertimana yang kita tahu, wabak Covid19 di Sabah semakin hari semakin meningkat naik dan perkara ini telahpun dibahaskan oleh Datuk Seri Tuong King Sing di dalam sidang Dewan Rakyat.
T api, jadi lain pula selepas RSN Rayer (PH-Jelutong) sengaja buat kecoh sebelum diarahkan keluar oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said.Yang Berhormat (YB) semua duduk… tolong duduk Jelutong, macam mana saya nak buat keputusan jika kamu berdiri, tolong duduk, tolong duduk, tolong duduk!
Jelutong, saya beri amaran jika tidak duduk kamu keluar. Kamu enggan duduk, bentara keluarkan Jelutong.
Dewan Rakyat jadi kecoh selepas King Sing menuduh Ketua Pengarah Kesihatan kita, DG Hisham takut mati kerana tidak mahu turun padang dan hanya baca laporan harian sahaja.
DG (Ketua Pengarah Kesihatan) hari-hari buat berita, bagi ‘Office Boy’ (budak pejabat) boleh baca. Kenapa dia tidak turun padang… Macam di Kota Kinabalu, Sabah begitu teruk pandemik Covid-19.
Kenapa dia tidak melawat setiap hospital, berbincang dan beri sokongan kepada frontliners. Jangan hantar doktor, jururawat saja pergi sebab itu orang (mereka) tidak takut mati, tapi DG takut mati
Rayer yang tidak puas hati dengan kenyataan King Sing itu supaya jangan kurang ajar dan meminta agar dia menarik balik kenyataan serta menyifatkan Dr Noor Hisham yang merupakan selaku barisan hadapan adalah individu yang perlu dihormati.
Kredit: Harian Metro