Pelajar & warga sekolah tak wajib pakai face mask - Menteri

Sebaliknya, pihak sekolah hanya perlu menyediakan face mask jika terdapat warga kerja atau pelajar yang menunjukkan gejala.
Pelajar & warga sekolah tak wajib pakai face mask - Menteri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata bahawa pemakaian topeng penutup muka (face mask) dalam kalangan warga sekolah adalah tidak diwajibkan.

T erdahulu, timbulnya kekeliruan yang menyatakan bahawa pihak sekolah wajib menyediakan face mask untuk semua warga kerja dan pelajar sekolah.

Sebaliknya, pihak sekolah hanya perlu menyediakan face mask jika terdapat warga kerja atau pelajar yang menunjukkan gejala.

"Seperti yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Kementerian Pendidikan (KPM), pihak sekolah hanya perlu memastikan penyediaan sabun atau cecair pensanitasi tangan dan melakukan saringan gejala dan suhu badan," katanya.

Sumber: Bernama

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.