Polis kawal lalulintas selamatkan anjing cedera dilanggar

Aksi polis selamatkan anjing dipuji masyarakat
Pegawai Polis Trafik Berhentikan Trafik Untuk Selamatkan Anjing Cedera

Ketangkasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menumpaskan penjenayah memang tidak dapat disangkal lagi, ia terbukti dengan kejayaan yang sering dipaparkan di dada akhbar dan media-media lain.

Namun di balik susuk tubuh anggota pasukan keselamatan yang sentiasa sibuk memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terjamin, mereka juga menjadi wira kepada haiwan yang memerlukan.

Hari ini tular di media sosial beberapa keping gambar sepasukan anggota polis trafik menyelamatkan anjing di tengah jalan, selepas haiwan itu dilanggar kenderaan di Shah Alam, dekat sini.

Menerusi hantaran yang telah dimuat naik di Facebook rasmi PDRM, ia memaparkan anggota berkenaan 'mengepung' anjing tersebut dengan motosikal peronda, sementara menunggu pasukan perubatan tiba.

Aksi murni mereka kini mendapat maklum balas positif daripada orang ramai yang memuji tindakan itu.

Antaranya, pengguna Facebook Sofi Rosman menyifatkan tindakan itu amat mulia, kerana dalam kesibukan menjalankan tugas hakiki, ia tidak menghalang anggota trafik itu berbakti kepada yang memerlukan.


Bagi pencinta haiwan, Brauzelt Elton Usah, berkata tindakan anggota itu membuatnya berasa terharu dan patut dicontohi semua lapisan masyarakat. – BERNAMA

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.