333 sembuh COVID-19 Hari ini!, jumlah tertinggi sejak PKP

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto BERNAMA
COVID-19: 333 kes pulih, jumlah tertinggi sejak PKP

Sebanyak 333 kes pulih daripada jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, berkata daripada jumlah berkenaan sebanyak 307 kes membabitkan bukan warganegara.


Katanya, dengan pertambahan jumlah kes pulih itu, ia menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 7,733 kes atau 90.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.


Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata sehingga jam 12 tengah hari ini, terdapat 11 kes baharu yang dilaporkan dan menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 8,505 kes.


Selain itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan dan jumlahnya kekal sebanyak 121 kes atau 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.