Bahaya Pembawa senyap COVID-19

COVID-19: Tanpa tanda gejala bukan bermakna bebas virus korona
'Pembawa senyap' COVID-19

Jumlah virus yang terkandung dalam badan individu tanpa gejala COVID-19 seperti demam, batuk, selesema dan sesak nafas setakat ini didapati rendah, sekali gus mengurangkan risiko penularan jangkitan.

Bagaimanapun, jumlah atau muatan virus dalam badan individu yang turut dikategorikan sebagai 'pembawa senyap' itu dikesan meningkat secara mendadak, dua hari sebelum gejala COVID-19 mula menjelma.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata individu tanpa gejala lazimnya berupaya menyebarkan wabak berkenaan pada minggu pertama tempoh pengeraman.

"Tetapi kalau kita asingkan mereka untuk tempoh lapan hingga 10 hari atau kuarantin 14 hari, maka kebolehjangkitan akan berkurangan atau hampir menjadi sifar selepas 14 hari.

"Jadi, sekarang kita kena bezakan yang tiada gejala ini, sama ada terus tiada gejala, tiada masalah sebab tiada kebolehjangkitan.



"Tetapi kita bimbang terhadap kes pragejala yang mana kebolehjangkitan mereka tinggi kerana virus banyak dalam badan mulai dua hari sebelum gejala dikesan," katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.