317 kanak-kanak bawah 12 tahun dijangkiti COVID-19

KKM menasihatkan ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga menjalankan tanggungjawab melindungi mereka setiap masa supaya tidak terdedah kepada virus ini.
317 kanak-kanak bawah 12 tahun dijangkiti Covid-19

Seramai 317 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) di seluruh negara setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu Selangor merupakan negeri tertinggi iaitu sebanyak 77 kes.


"Daripada jumlah tersebut, 112 kes membabitkan kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah dan 22 kes ialah bayi kurang daripada 1 tahun.

"Setakat ini tiada kes kematian positif Covid-19 dicatatkan dalam kalangan kanak- kanak bawah 12 tahun," katanya pada pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata, selain warga emas, kumpulan kanak-kanak dan bayi juga merupakan kumpulan berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak tersebut.


"Kanak-kanak dan bayi perlu dilindungi agar mereka tidak mudah terdedah dan dijangkiti Covid-19," katanya.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.