“Saya nak bilik menghadap Tasik Putrajaya ….” Permintaan Kluster Kayangan

"...baru sampai dari Bali & Jakarta. Banyak cekadak macam baru balik dari kayangan! Puiii" -Netizen😤
“Saya nak bilik menghadap Tasik Putrajaya….” -Kluster ‘kayangan’

AMBOI!!

Masih hangat lagi isu kluster oversea yang bermacam kerenah. Dari satu cerita hingga ke satu cerita, ada sahaja perkara tidak seronok didengar melibatkan golongan yang menjalani kuarantin kerana baru pulang dari luar negara.


Umum sedia maklum bahawa mereka ini merupakan golongan yang boleh dikata sebahagian besar berpelajaran tinggi dan elit. Namun, perilaku dan sahsiah yang ditunjukkan jauh beza dengan kluster tabligh Sri Petaling.

Luahan frontliner jaga kluster ‘kayangan’

Dalam satu perkongsian di Twitter, seorang pengguna laman sosial telah berkongsi luahan daripada rakannya yang bertugas sebagai frontliner dikenali sebagai Ed Idrus.

Dia ditugaskan untuk menjaga rakyat Malaysia yang baru sahaja pulang dari Bali dan Jakarta. Mereka dikehendaki melakukan saringan serta kuarantin diri dalam tempoh yang ditetapkan sebelum pulang ke rumah.


Siap perli2 frontliner

Dalam perkongsian tersebut, Ed Idrus menyatakan bahawa mereka yang dikategorikan sebagai kluster ‘kayangan’ telah turun daripada pesawat dengan pelbagai barangan dan beg-beg besar.

Apabila diminta untuk melakukan penjarakkan diri, mereka seakan memerli arahan frontliner yang bertugas.

Nak bilik depan Tasik Putrajaya

Lebih melucukan ada yang sudah awal-awal meminta ditempatkan di bilik yang berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Tak kurang juga yang memilih hotel untuk didiami sepanjang dikuarantin beserta menu makanan pilihan masing-masing.


Tabligh lebih menyenangkan

Diakhir penulisannya, Ed Idrus menyatakan bahawa menjaga pesakit dari kluster tabligh lebih menyenangkan daripada menguruskan mereka yang tergolong dalam kluster luar negara ini.


Hantar tentera je biar kena tengking

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet seakan jelak dengan kerenah yang ditunjukkan oleh kluster ‘kayangan’ ini.

Mereka juga berasa berang dan meminta agar mereka tidak menyusahkan frontliner kerana wabak ini merupakan pendemik yang harus ditangani dan bukan masanya untuk demand pelbagai kemudahan demi keselesaan sendiri.


Mereka lupa ke rskyat Malaysia benci mereka


Tak payah layan, naik lemak nanti




Sumber : Singa Jadian, Ed Idrus

Semalam hari yang paling panjang!

Kena stand by kt hotel utk terima PUS (patients under surveillance) dari flight² luar negara. Sampai 6 bas dari KLIA, flight dari Bali & Jakarta. Tiba di Hotel Dorsett Putrajaya.


Keluarlah berbondong² dari bas dengan beg luggage, guni² kain baju borong, kotak² barang segala. Sekali turun 5 org. Gelak² berhimpit². Bila tegur suruh jarakkan sikit. Kita pulak kena perli balik 🥴

Macam² ragam orang² ni. Ujian buat kami.

Sorang masuk, "Saya nak bilik saya mengadap tasik Putrajaya". Blur kejap fikir mana satu nak cekau bilik mengadap tasik tu. Maaf Encik, saya bukan pekerja hotel. 🥴 Sorang lagi, "Eh cepat boleh tak. Saya ni taknak duduk bilik kat hotel ni. Saya nak bilik hotel lain!"


Ya rabbi. Seriously, bagi pilihan suruh jaga PUS dari Tabligh Masjid Sri Petaling macam sebelum ni lagi elok & senang daripada jaga orang² kt hotel ni.

Yang benar,
Bukan Petugas Kayangan

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.