Penerbangan domestik sahaja yang dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Empat (PKP 4).
Bagaimanapun, individu yang ingin melakukan perjalanan merentasi negeri menggunakan penerbangan domestik itu perlu mendapatkan surat kebenaran pihak polis.Syarikat penerbangan yang mendapat kebenaran operasi daripada Kementerian Pengangkutan pula perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam tempoh PKP.