Memalukan! Bila Askar terpaksa pakai helmet elak dilempar sampah warga asing di Masjid India

Hormat la sikit anggota keselamatan yang bertugas. Makan pun dah dapat free kan. Buat hal la😤
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Bila Askar terpaksa pakai helmet elak dilempar sampah warga asing di Masjid India

Umum sedia maklum bahawa beberapa kawasan perumahan di Jalan Masjid India dan Jalan Munshi telah direkodkan sebagai Zon Merah.

Penghuni penempatan tersebut kebanyakkannya merupakan warganegara asing yang bekerja di ibu kota.


Tiga bangunan telah diisytiharkan PKPD di ibu negara ialah di Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Jalan Masjid India dan satu lagi di Menara Plaza City One di Jalan Munshi yang bermula pada 31 Mac lepas.

Pengotor! Lempar sampah & najis kebawah

Namun begitu, menerusi laporan daripada Sinar Harian, sesetengah daripada warga asing tersebut telah menunjukkan protes dengan melempar najis serta barangan dari tingkat atas kerana terpaksa menjalani PKPD ini.


Bukan saja2 nak pakai helmet askar

Oleh sebab itu, anggota keselamatan seperti pihak tentera terpaksa menggunakan helmet bagi mengelakkan terkena barangan yang dilontar dari tingkat atas perumahan tersebut.

Menurut sumber petugas sendiri, sikap protes yang ditunjukkan sudah bermula sejak PKP lagi apabila pelbagai anasir asing jatuh dari tingkat atas dilempar oleh warga asing tersebut. Jadi, penggunaan helmet amat perlu kerana mereka bertugas mengawal kawasan tersebut 24 jam.


“Bukan saja-saja askar pakai helmet ketika berkawal di bangunan-bangunan kediaman itu. Jika kita lihat ketika kawalan sekatan jalan raya, askar tak pakai helmet pun, hanya pakai beret.”

“Pakai helmet sebab nak elak daripada kena benda yang dibaling dari atas. Bawang putih pun dibaling dari dalam rumah. Jadi kita tak dapat kenal pasti dari unit mana.”


Kawasan dah makin terkawal…

Namun, keadaan seperti itu semakin terkawal susulan tindakan tegas para petugas keselamatan yang mengawal kawasan tersebut sejak PKP berlangsung.

Tambahan lagi, mereka juga semakin ‘cool down’ apabila bantuan makanan akan diberikan setiap hari kepada penghuni kawasan-kawasan tersebut.



Terdahulu, kawasan-kawasan yang disebutkan telah diletakkan dalam zon merah selepas puluhan penghuninya dijangkiti Covid-19. Ia menyebabakan pihak berkuasa mengarahkan agar PKPD dilaksanakan bagi menbendung wabak tersebut lebih menular.

Sumber : Sinar Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.