Masih ingat lagi Salt Bae dengan gaya ‘cobra’ apabila menabur garam ke atas stik?
Nama beliau makin terkenal dek viral video gaya ‘cobra’ ini pada tahun 2017.Nama sebenarnya Nusret Gökçe.
Cef dari Turki ini ambil masa 10 tahun berkuli untuk mahirkan skilnya sebelum buka restoran pertama, Nusr-Et Steakhouse.
Salt Bae adalah anak pelombong dan tidak pendidikan tinggi. Beliau mula bekerja sebagai pemotong daging pada umur 13 tahun.
Beliau kemudiannya bekerja di beberapa restoran stik di Turki. Selepas itu beliau merantau ke Argentina dan US untuk cari pengalaman.
Sejak dari mula, impian beliau adalah untuk buka restoran sendiri dan ia tercapai pada pada tahun 2010. Usia beliau adalah 27 tahun pada waktu itu.
Dalam tempoh 9 tahun berikutnya, selepas dapat pelaburan dari pelabur professional, beliau buka cawangan di New York, Miami, Dubai, Ankara, Doha dan Kepulauan Greek Mykono.
Beliau kini ada 13 restoran 'fine dining' di seluruh dunia dengan 600 orang pekerja.
Bisnes restoran beliau catat untung US$70 juta tahun lalu dan kini bernilai sebanyak US$1bil.
Pada tahun 2018, beliau hadiahkan sebuah kompleks masjid untuk penduduk kampung kelahirannya di Turki.
Ia dinamakan sempena nama ibubapanya, menelan belanja RM2.8 juta dan lengkap dengan perpustakaan, rumah imam dan rumah pengebumian.
Dan dalam satu temubual, Salt Bae berkata;
" (Walaupun sudah berjaya) hidup saya masih tidak berubah. Saya masih bekerja dari pagi hingga ke tengah malam."
#inspirasii
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date