Gunung Himalaya muncul di India setelah lockdown pulihkan pencemaran dunia

Selepas 30 tahun, akhirnya Banjaran Himalaya muncul... saat dunia lockdown akibat Covid-19
Gunung Himalaya muncul semula setelah lockdown pulihkan pencemaran dunia

Banjaran Himalaya dapat dilihat dari jarak jauh di bandar berdekatan.

BUAT pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun, Banjaran Himalaya dapat dilihat dari jarak 201 kilometer dari bandar terdekat Punjab, India.


Menariknya, pemandangan indahnya dapat dilihat dengan jelas selepas negara berdekatan dengan banjaran itu melaksanakan perintah berkurung (lockdown) berikutan penularan pandemic Covid-19 sejak 24 Mac lalu.

Penduduk-penduduk di daerah Punjab teruja dapat menyaksikan keindahan sajli yang menyelubungi banjaran itu.

Bekas atlet kriket India, Harbhajan Singh memberitahu, dia kini menyaksikan Himalaya dengan jelas dari rumah sendiri buat kali pertama sepanjang hidupnya.

Pemandangan Banjaran Himalaya dari bandar Punjab.

Dia juga menegaskan kesan jelas yang berlaku sebelum ini akibata pencemaran udara.

Mengikut laporan IQAIR , India mempunyai populasi penduduk sekitar 1.4 bilion dan menduduki tangga kedua bandar raya paling tercemar di dunia tahun lalu.

Tetapi, suasana itu berubah sejak lockdown dilaksanakan dengan semua operasi kenderaan atau perniagaan dihentikan yang menjadikan udara kembali pulih.

Banjaran Himalaya lebih jelas dilihat selepas 'lockdown' dilaksanakan.

Sehingga kini, India dilaporkan mencatat 5,000 kes Covid-19 dengan 149 kematian.



Banjaran Himalaya terletak di antara empat negara termasuk India, China, Nepal dan Bhutan. .

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.