6,000 keluarga beratur berjam jam lamanya untuk mendapatkan bantuan makanan secara drive tru di Bank Makanan di Trader’s Village, St Antonio, Texas pada 9/4/2020.
COVID-19 membuatkan supermarket kosong dan kehilangan pekerjaan menjadikan sumber pendapatan terputus.Walaupun bank memulakan agihan pada jam 10 pagi, ada orang menunggu sejak jam 6 pagi.
Anda boleh mendapat dua troli makanan percuma cukup untuk sebulan.
Andainya anda tidak berdaya datang Bank Makanan boleh membuat penghantaran ke rumah.
Bank Makanan mengadakan empat pengagihan semenjak 31 Mac hingga Khamis lalu, menyediakan makanan untuk 15,500 isi rumah.
Acara hari Kamis adalah yang terbesar, membekalkan makanan cukup untuk 10,000 isirumah.
Kira-kira 6,000 isirumah telah mendaftarkan diri secara on line untuk acara tersebut, namun pada hari khamis lalu, beribu ribu lagi muncul.
Sumbangan daripada individu dan syarikat makanan membantu Bank Makanan mendapatkan bekalan makanan sepanjang minggu ini. Tetapi jika bekalan kekurangan untuk memenuhi permintaan yang luar biasa, Bank Makanan mungkin akan ketiadaan stok.
Dari segi bekalan, kini lebih sukar untuk mengumpul makanan kerana supermarket tidak mempunyai lebihan untuk derma kerana pembelian panik memerosotkan rak barangan hari demi hari. Restoran yang sentiasa menderma makanan kini ditutup, memutuskan talian sumber bekalan bagi Bank Makanan.
Kira-kira 400 sukarelawan, dibantu oleh kawalan trafik yang dilakukan oleh polis San Antonio, membantu kelancaran pengedaran makanan pada hari Khamis.
COVID-19 menjadikan ramai orang merasa apa erti kesusahan di seluruh dunia.
Orang yang senang ketika ini adalah orang yang hidupnya sentiasa susah, tidak tahu bagaimana dan apa rasanya mewah dan menerima apa sekadarnya daripada Allah swt tanpa sedikit pun merasa keluh kesah.
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍ مِّنَ ٱلْخَوْفِ وَٱلْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ ٱلْأَمْوَٰلِ وَٱلْأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِ ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِينَ
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوٓا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali.”
Surah Al Baqarah ayat 155-156.