Bimbang cetus jangkitan COVID-19 kepada orang lain, Lelaki jalan kaki ditemani anjing setia dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu

Alixson Mangundok dan anjingnya Hachiko yang baru tiba di kebun bapanya di Kota Marudu - NSTP/Ihsan Alixson Mangundok
COVID-19: Bimbang cetus jangkitan, lelaki jalan kaki dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu

Seorang lelaki nekad berjalan kaki sejauh lebih 110 kilometer dari bandar raya ini untuk pulang ke Kota Marudu, sejurus tiba dari Jepun kerana khuatir mencetuskan jangkitan jika menaiki kenderaan keluarga atau pengangkutan awam.

Anak jati Kampung Mangaris 2 Kota Marudu, Alixson Mangundok, 34, berkata berbuat demikian kerana belum mengetahui keputusan ujian saringan COVID-19 yang dijalaninya sejurus tiba dari Jepun pada 25 Mac lalu.


“Sejurus tiba di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu dari Jepun, saya terus ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk menjalani saringan COVID-19, walaupun tidak mempunyai sebarang simptom.

“Berikutan keputusan ujian yang belum diketahui, saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelak bercampur orang ramai kerana takut mencetuskan sebarang jangkitan jika keputusan saringan yang dibuar itu positif.

“Kebimbangan itu juga membuatkan saya menolak menaiki kenderaan abang yang datang menjemput di lapangan terbang atau pengangkutan awam.

“Saya membuat keputusan pulang ke kampung secara berjalan kaki mulai petang 26 Mac lalu dan sampai di kampung di Kota Marudu pada 28 Mac,” katanya ketika dihubungi BH.

Alixson berkata, ketika berjalan pulang, beliau bertembung seekor anjing di jalanan yang kelihatan jinak mengekorinya.

Katanya, sepanjang perjalanan pulang itu dia singgah tidur di hentian bas yang kosong pada waktu malam sambil ditemani anjing berkenaan.

“Apabila tiba di kampung, saya mengasingkan diri dengan tinggal dalam pondok di kebun keluarga, sementara menanti keputusan ujian saringan yang dibuat,” katanya.

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu sejauh lebih 110 kilometer itu. biasanya mengambil masa kira-kira tiga jam menggunakan kenderaan.

Alixson mengakui, pengalaman berjalan kaki ketika merantau di luar negara sebelum ini membuatkan usahanya berjalan pulang itu tidak berdepan masalah.

“Saya sudah biasa merantau ke beberapa negara, jadi berjalan kaki dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu itu bukannya satu perkara besar.

“Bagaimanapun, paling saya tidak boleh lupakan apabila saya berjalan kaki ketika melalui perkuburan di kawasan Luyang pada waktu malam.

“Ketika itu, saya bertembung anjing yang saya namakan sebagai Cico yang mengekori hingga sampai ke Kota Marudu.

“Jika tidak bersama anjing itu, mungkin orang sekeliling menganggap saya penjahat pada waktu malam,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini beliau masih kuarantin diri di pondok keluarganya itu.

“Semalam, saya menjalani pemeriksaan saringan kali kedua di Hospital Kota Marudu, selepas ujian kali pertama yang dibuat di Kota Kinabalu belum diperoleh,” katanya.


Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Malaysia mengkehendaki semua lapisan rakyat Malaysia diminta untuk "Stay Home"dalam menangani Pandemik Covid-19, lebih-lebih lagi terutama bagi mereka yang baru balik dari luar negara secara jelas perlu "Self Quarantine" dalam tempoh 14 hari secara sukarela.


Namun baru-baru ini, ada seorang individu yang VIRAL kerana berjalan kaki dari KKIA (Kota Kinabalu International Airport) menuju ke Kg Mangaris 2, Kota Marudu Sabah ketika Perintah Kawalan dikuatkuasakan, beliau baru sampai dari OSAKA JAPAN-KLIA-KKIA. Jarak perjalanan menuju ke Kg Mangaris lebih kurang 120Km sama seperti jalan kaki dari Kuala Lumpur-Pekan Bidor Perak, tapi jalan tidak sama macam di KL ya.

Disebalik kisah beliau jalan kaki yang sangat jauh, ada cerita yang menarik di sepanjang perjalanannya. Memandangkan saya sendiri dari Kota Belud, saya cukup faham dengan keadaan jalan raya yang dilaluinya. Sedikit informasi: Masa Pemanduan kereta
Kota Kinabalu - Kota Belud =1Jam 20 Minit (90-100kmj)
Kota Kinabalu - Kg Mangaris = 2Jam 30 Minit (100kmj).
===============================================

APA YANG SANGAT MENARIK ??

Selepas membaca posting VIRAL berkenaan individu tersebut, saya sangat berbesar hati menelefon beliau lebih kurang 2 jam menemubual kronologi sepanjang kisah beliau jalan kaki.
Saya juga sempat bertanya selok belok cerita sebelum dia menaiki pesawat di Osaka Airport. Dia berkerja dalam bidang Automotif di Jepun.

KRONOLOGY-menurut Temubual Telefon bersama Alixson Awandoh


*****
23 MARCH:
"Penerbangan dari Haneda Airport Tokyo-KLIA telah dibatalkan, terpaksa perlu berpindah ke Airport lain yang menawarkan penerbangan ke KLIA.



Flight Ticket "burn"terpaksa membeli flight ticket baru menuju ke Osaka Airport dan seterusnya beli flight ticket ke KLIA.


Semasa berada di Shibuya Tokyo saya sempat mengambil gambar kenangan di Kuburan dan Monument Penghormatan Anjing Hachiko."

 

Boleh check dia punya gambar selfie.

 






*****
24 MARCH:
Ösaka Airport - KLIA


*****

25 MARCH :
KLIA - KKIA (KOTA KINABALU INTERNATIONAL AIRPORT)
"Saya sempat memberitahu kepada pihak keluarga di kampung yang saya suda sampai Sabah, Abang saya memberitahu yang dia akan menjemput saya di KK, tapi saya menolak kerana saya kena "quarantine myself" atau minta kena Quarantine dengan Hospital Queen Elizabeth".

*****
26 MARCH
10AM - 4PM "Saya datang meminta saringan Covid-19 di Hospital Queen Elizabeth, selepas diperiksa oleh Doktor, saya tidak mempunyai sebarang Gejala Jangkitan Virus, oleh sebab saya sedar yang saya dari LUAR NEGARA dan perlu "Self Quarantine" saya meminta kepada Pihak Hospital supaya saya ditempatkan di WAD quarantine sementara tetapi Pihak Hospital menolak kerana "space"quarantine hospital sangat terhad, dan "condition" kamu tiada Gejala cuma perlu ikhtiar menjalani 14 hari self quarantine."

5PM
"menyedari hakikat tiada tempat untuk menginap di KK, saya mengambil keputusan Balik Kampung walaupun menyedari iyanya jauh. Sebelum bertolak, saya didatangi oleh 2 ekor Anjing, saya sempat bagi Anjing itu separuh dari makanan yang saya beli di Kantin Hospital.


6PM
"ketika berada di sekitar Kuburan Cina Kolombong, saya dihampiri oleh seekor Anjing, seperti Anjing itu sedang kelaparan, saya memberi sedikit makanan sambil bersiul, Anjing itu terus mesra dan mulai mengekori saya"

7PM
"Sekitar Pekan Inanam, saya ditahan oleh Pihak Polis, mereka menyiasat saya dari mana dan kemana arah tujuan, Pihak Polis mahu menolong saya hantar tetapi saya menolak kerana saya perlu "self Quarantine" dan ada seekor Anjing yang baru menjadi kawan setia menemani perjalanan, saya tidak mahu meninggalkannya'. "Saya berterima kasih kepada Pihak Polis tadi kerana memberi saya Air Minuman dan Sedikit Biskut.

10PM
"Sekitar Pekan Telipok, saya terlalu letih, saya mencari kotak alas untuk tidur sementara dan mencari kawasan yang bercahaya, akan tetapi Anjing yang mengekori saya menggigit dan menarik-narik seluar saya, terpaksa saya bangun dan meneruskan perjalanan.

11.30PM
"saya ditahan oleh sekatan Jalan Raya (Polis & Tentera) mereka sudah sedia maklum oleh kehadiran saya mungkin kerana Pihak Polis yang menahan saya di Inanam memaklumkan mereka, mereka sempat mengambil gambar saya kerana jalan kaki tengah malam sambil diekori oleh Anjing""Sekali lagi Pihak (Polis & Tentera) memberi saya air minum dan sedikit makanan.""Terima Kasih kepada mereka.

*****
27MARCH

1AM
"sekitar Round About masuk Pekan Tuaran, kaki sudah terlalu lenguh dan sangat penat, saya cuba tidur sekejap dan memberi Anjing makan, tetapi Anjing cuba mengigit dan menarik narik seluar saya, tidur dalam 10-15 minit terus meneruskan perjalanan. Cas Handphone suda habis, Jalan Tuaran sangat gelap, perjalanan harus diteruskan"

5AM
"saya Sampai di Pekan Tenghilan, singgah tidur di Bus Stop, Anjing yang setia menemani pun suda kepenatan, jadi Anjing tidur dibawah kerusi Bus Stop"

8AM
"bangun Meneruskan perjalanan"

10AM
"Singgah sekejap di Gerai Sinalau Bakas, saya check2 sekejap manatau ada air minuman disitu, nasib baik saya nampak ada sebotol air minuman""singgah berehat sambung tidur sekejap sambil bagi minum tu Anjing"

2PM
"Cuaca betul2 sangat panas, melanjutkan perjalanan"

4PM
"Singgah di Gerai area Kelawat, beli Sardine dan biskut mengisi perut lapar dan bagi Anjing makan, sambil dimana ada tempat berteduh sepanjang perjalanan berehat seketika"

6PM
"saya guna SHORTCUT jalan baru tembus ke Taun Gusi, Singgah di Gerai yang masih buka membeli Sardine lebih utk Anjing"
"Cuaca Mendung sudah mulai hujan"

7.30PM
"saya basah kuyup sampai di gerai dekat simpang 3 berdekatan SMK Taun Gusi, oleh sebab hujan dan gelap saya tidur didepan gerai siring jalan"

*****
28MARCH

8AM
"Memulai perjalanan seterusnya, ada orang Bajau Samah yang menyedari yang saya berjalan kaki, dia mahu menghulurkan bantuan, tetapi saya menolak kerana jika saya menaiki lorinya, terpaksa saya perlu bawa Anjing bersama saya."

11AM
"Sekitar menghampiri Kawang Kawang selepas Kg Keguraan Kota Belud, saya ternampak kelibat abang saya menaiki lori contractor, saya cuba melambai mereka, mereka membalas lambaian tangan saya, tetapi tidak berhenti, mungkin mereka tidak dapat cam sebab saya pakai penutup kepala."
"nasib baik leader tempat kerja mereka mengecam muka saya, jadi dia yang memberitahu abang saya yang saya adik dia"
"Dari Kelawat Abang saya berpatah balik mahu hantar saya balik sampai di Kampung, tapi saya menolak, kerana saya masih tidak boleh menaiki kereta bersama.

12PM
"saya meminta pertolongan daripada anak buah saya untuk menghantar kenderaan ke Kawang Kawang dan saya mahu drive sendirian dan mengangkut sendiri Anjing bersama saya sampai di Kampung""seterusnya Anak Buah saya dihantar oleh Abang saya.
(Nissan Vanette)."ayat pertama luar dari mulut saya ketika bertemu abang saya "SAYA SANGAT LAPAR

2PM
"Saya sampai di Kg Mangaris, terus membuat keputusan menginap di Pondok Kebun bersama Anjing yang setia menemani sepanjang perjalanan saya dari KK"


-----------------------------------------------------------------
Sekian Kronology menurut temubual saya bersama Mr Alixson Awandoh, dan untuk setakat ini beliau masih berada di Pondok Kebun bersama Anjingnya menjalani quarantine selama 14 hari. Jalan kaki yang sangat jauh, bersama seekor Anjing yang jinak yang setia sungguhpun baru dijumpai adalah sesuatu yang jarang kita temui,,Limited Edition


Kita Ucapkan TERIMA KASIH kepada Pihak Polis dan Tentera yang membantu memberi sumbangan kepada beliau sepanjang perjalanan, dan juga saya sendiri ucapkan GOOD BOY kepada Anjingnya yang setia, dan THUMBS UP kepada Mr Alixson Awandoh kerana berjaya melalui situasi sukar.

Sumber:Deon Anthony.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.