WASHINGTON - Amerika Syarikat pada Sabtu melaporkan kes kematian pertama Covid-19 membabitkan seorang bayi, lapor agensi berita Anadolu.
Bayi berusia kurang setahun di Chicago itu diuji positif Covid-19."Belum ada kematian dikaitkan dengan Covid-19 membabitkan bayi.
"Kita mesti melakukan segala yang perlu untuk mencegah penyebaran virus ini," Pengarah Jabatan Kesihatan Awam Illinois Dr Ngozi Ezike.
Ezike berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.- BERNAMA