Sumbangan topeng muka daripada Yayasan Jack Ma Tiba Di Malaysia

Sumbangan Daripada Yayasan Jack Ma, Yayasan Alibaba Tiba Di Malaysia
Sumbangan Daripada Yayasan Jack Ma, Yayasan Alibaba Tiba Di Malaysia

Bekalan perubatan yang disumbangkan oleh Yayasan Jack Ma dan Yayasan Alibaba telah tiba Malaysia.

Penghantaran topeng muka, kit ujian, sut perlindungan badan dan muka telah tiba lewat malam semalam dan awal pagi ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Bekalan ini adalah sebahagian daripada inisiatif sumbangan kepada negara-negara Asia Tenggara termasuklah Thailand, Indonesia dan Filipina yang diumumkan pada 19 Mac lalu.

Keempat-empat negara ini akan menerima sejumlah 2 juta topeng muka, kit ujian untuk 150,000 orang, 20,000 sut perlindungan badan dan muka.


Tiada catatan tentang berapa bahagian yang Malaysia terima secara khusus.


Datuk Khairul Shahril Bin Idrus, Timbalan Pengarah Utama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerima sumbangan itu daripada Leo Chow, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia yang mewakili Yayasan Jack Ma dan Yayasan Alibaba.

Kementerian Hal Ehwal Luar akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengedarkan bekalan ini ke seluruh negara.


Sumbangan ini adalah antara inisiatif bantuan daripada Yayasan Alibaba dan Yayasan Jack Ma untuk membantu kawasan-kawasan terjejas akibat krisis Covid-19.

Ini termasuklah mencari dan menghantar pelbagai jenis bekalan perubatan ke China, Asia Tenggara, Amerika Syarikat, Afrika, Itali, Belgium, Perancis, Slovenia, Sepanyol dan Amerika Latin.

Yayasan ini turut membiayai penyelidikan dan pembangunan rawatan untuk Covid-19 di China dan juga di Peter Doherty Institute for Infection and Immunity (Australia) dan Columbia University (USA).


Lebih banyak sumbangan dijangka akan diterima dalam beberapa hari dan minggu yang akan datang..

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.