Kenduri Kepala Kambing:Tukang rumah didenda RM6,000

SEORANG tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini, atas tuduhan
Kenduri Kepala Kambing:Tukang rumah didenda RM6,000

Perakam 'kenduri kepala kambing' mengaku salah

SEORANG tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini, atas tuduhan menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman sosial WhatsApp pada Khamis lalu.



Tertuduh, Mohd Naim Md Isa, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Juraidah Abas.

Mahkamah bagaimanapun menangguhkan hukuman ke atas tertuduh pada 11 Mei depan kerana masih menunggu laporan lengkap forensik dan fakta kes.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Naim didakwa memuatnaik video di aplikasi WhatsApp dan mengeluarkan kata jelik 'kuarantin kepala bapak' dengan niat mempertikai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa ekoran Covid-19.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan kampung di Langgar pada 2 petang, 19 Mac lalu.

Tertuduh berhadapan tuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588).

Juraidah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM6,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 11 Mei depan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Zubaidah Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Jumaat lalu, polis menahan seorang lelaki yang disyaki memuat naik video berdurasi 57 saat memaparkan orang ramai hadir majlis kenduri dan menikmati kepala kambing di sebuah rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa..

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.