Internet percuma dari 1 April hingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan

Antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat-syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP
Internet percuma dari April hingga tamat PKP

Kerajaan akan menyediakan perkhidmatan internet percuma kepada semua pelanggan bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) tamat.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat hari ini berkata bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM600 juta untuk pakej khas ini dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi.

Selain itu, tambahan RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan.

Muhyiddin hari ini turut mengumumkan tambahan peruntukan sebanyak RM530 juta lagi untuk memberikan diskaun bil elektrik berperingkat antara 15 peratus hingga 50 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan.

Diskaun 50 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt, 25 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15 peratus bagi penggunaan 301 hingga 600 kilowatt.

Diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020.

Sementara itu, diskaun sebanyak 2 peratus seperti dimaklumkan sebelum ini akan terus dinikmati oleh semua pengguna isi rumah.


Dalam pakej rangsangan ekonomi yang lepas, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta bagi tujuan pemberian diskaun 15 peratus ke atas bil elektrik sektor pelancongan dan 2 peratus bagi sektor komersial, industri, pertanian dan isi rumah di Semenanjung Malaysia mulai 1 April 2020.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.