FILIPINA mengambil langkah lebih tegas dalam usaha memastikan rakyatnya kekal duduk di rumah bagi menangani penularan wabak COVID-19 di negara itu.
Antaranya adalah dengan meletakkan keranda di setiap pemeriksaan sekatan jalan raya di Pampagna sebagai peringatan untuk orang ramai kekal dalam rumah dan tidak merisikokan kesihatan diri sendiri dan orang awam.Ketua Polis St Tomas Municipal, Nestor Bulatao berkata, penularan wabak itu tidak boleh dipandang remeh dan susulan itu mesej yang lebih mendalam perlu dihebahkan kepada orang awam.
Langkah tersebut, kata beliau, diambil selepas orang awam masih ingkar dengan arahan perintah berkurung separa yang diumumkan Presidennya, Rodrigo Duterte baru-baru ini.
Setakat Rabu, Filipina merekodkan penambahan 84 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif di negara itu adalah 636 kes dengan 26 kes sudah didiscaj.
Sementara itu, tiga kes kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kematian adalah 38 kes.