BEIJING: Dr Li Wenliang, doktor di Wuhan, China yang telah memberi amaran tentang kewujudan koronavirus baharu (2019-nCoV) disahkan meninggal dunia pada jam 2.58 pagi ini.
Perkara ini dimaklumkan Hospital Pusat Wuhan dalam kenyataannya melalui akaun media sosial weibo."Pakar oftalmologi Li Wenliang dari hospital ini, yang menghidap pneumonia akibat jangkitan koronavirus baharu, meninggal dunia jam 2.58 pagi pada 7 Februari 2020 walaupun setelah berbagai usaha dilakukan.
"Kami ucapkan takziah dan meratapi pemergiannya," kata kenyataan itu sebentar tadi.
Makluman daripada Hospital Pusat Wuhan tentang kematian Dr Li.
Doktor berusia 34 tahun itu disahkan menghidap koronavirus pada 1 Februari lalu setelah mengalami demam dan batuk-batuk sejak 10 Januari akibat dijangkiti salah seorang pesakitnya.
Dr Li merupakan individu terawal bercakap mengenai koronavirus berkenaan sebagai ancaman awam.
Terdahulu, media tempatan melaporkan kematian Dr Li sebelum menarik balik berita tersebut setelah disangkal pihak hospital.
Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan mengucapkan takziah atas pemergian Dr Li.
“Kami amat sedih atas pemergian Dr Li Wenliang. Apa yang kita perlu buat ialah meraikan usaha yang telah dilakukannya,” kata Pengarah Eksekutif WHO, Dr Mike Ryan yang dimaklumkan pemberita tentang pemergian Dr Li.
Pada 30 Disember lalu, Dr Li memberi peringatan kepada rakan-rakannya dalam aplikasi mesej WeChat supaya berhati-hati susulan kejadian di sebuah pasar makanan laut di tempatnya.At today's #2019nCoV media briefing @DrMikeRyan was asked about reports that Dr Li Wenliang had passed away, and he expressed condolences.— World Health Organization (WHO) (@WHO) February 6, 2020
WHO has no information on the status of Dr Li. pic.twitter.com/59UzWpcfa7
Katanya, tujuh individu yang makan di pasar itu telah jatuh sakit dan didiagnosis dengan penyakit pernafasan yang serius serta dikuarantin di hospital tempat dia bekerja.
Dr Li memberitahu rakan-rakannya, ujian yang dilakukan menunjukkan pesakit dijangkiti sejenis virus yang mempunyai simptom sama seperti SARS (sindrom pernafasan akut yang teruk).
Beliau menasihati rakan-rakannya agar memberi amaran kepada ahli keluarga secara peribadi, tetapi tidak lama selepas itu, paparan skrin (screenshot) mesej yang dihantarnya menjadi tular.
Bagaimanapun, kerana tindakannya itu, beliau dituduh menyebarkan khabar angin dan dipanggil oleh pengurusan hospital untuk menjelaskan bagaimana dia tahu tentang virus itu, sebelum dipanggil ke balai polis tempatan kerana menyebarkan khabar angin.
Dr Li kemudiannya dilaporkan menandatangani satu kenyataan yang memperakui dia melakukan kesalahan dan berjanji tidak akan mengulanginya, sebelum dibebaskan.
Dia yang merupakan pakar mata, kembali bekerja selepas itu. Tanpa pengetahuannya, salah seorang pesakit yang dirawatnya adalah pembawa virus.
Selepas mengalami batuk, demam dan kesukaran bernafas, Dr Li dimasukkan ke unit rawatan rapi dan disahkan positif koronavirus pada 1 Februari lalu.
PERGINYA SEORANG HERO
Beberapa jambangan bunga diletakkan di Hospital Besar Wuhan di Jiang’an, Wuhan, Hubei sebagai penghormatan dari orang ramai kepada “whistleblower” Dr Li Wenliang, 33 yang telah meninggal kerana jangkitan virus Wuhan pada 7/7/20 jam 2:58 pagi.
Hospital Besar Wuhan adalah juga hospital terakhir Dr Li Wenliang bertugas sebagai ophthalmologist dan disini juga dia meninggal.
Di Beijing tulisan besar diatas salji bermaksud “Selamat jalan Dr Li Wenliang”.
Dr Li telah dipanggil untuk disoal siasat oleh pihak polis Wuhan dan dituduh sebagai penyebar khabar angin pada 3/1/20 apabila dia memberi amaran tentang virus Wuhan pada 30/12/19.
Polis memberi amaran supaya beliau “berhenti dari membuat berita palsu” dan dipaksa menurunkan tandatangan bahawa apa yang dikatakannya termasuk didalam “kelakuan haram”.
Surat peringatan dikeluarkan oleh Biro Polis Wuhan yang memerintahkan Li untuk menghentikan "menyebarkan khabar angin" mengenai "SARS" yang ditandatangani oleh Li dan dua pegawai. Li mengunggahnya ke akaun Weibonya.
Li menyatakan “kebenaran” bukan khabar angin. Hari ini 35,000 orang telah dijangkiti virus Wuhan dan lebih 700 telah meninggal dunia. Pihak berkuasa Wuhan terus menyembunyikan kes virus sehingga 14/1, namun terpaksa mengakuinya apabila virus ini dikesan di Thailand pada 13/1 dari seorang pelancung Wuhan ketika wabak di Wuhan semakin merebak.
Pada 23/1 kerajaan Pusat mengunci bandar Wuhan apabila keadaan tidak terkawal.
Dr Li Wenliang dilahirkan pada 12 Oktober 1986 di Beizhen, Liaoning, China. Dalam tahun 2004, beliau belajar perubatan di Universiti Wuhan dan mendapat ijazah Sarjana Perubatan (Master of Medicine) pada tahun 2011.
Selepas tamat pengajian, beliau bekerja di Xiamen, Fujian, selama tiga tahun. Dia kembali ke Wuhan pada tahun 2014 sebagai pakar mata dan penglihatan di Hospital Besar Wuhan.
Pakar mata dan penglihatan kita panggil ophthalmologist. Mereka adalah doktor pakar dengan ijazah post graduate setelah selesai ijazah undergraduate yang dipanggil MBBS (Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan). Walaupun dipanggil doktor, mereka bukan doktor seperti doktor PhD. Doktor PhD akan terlibat dengan research.
Anda jangan keliru dengan optometrist ketika anda pergi buat cermin mata. Optometrist bukan “doktor mata” walaupun mereka juga mempunyai ijazah tetapi dalam bidang optometry.
Pada 30 Disember 2019, Li melihat laporan seorang pesakit yang menunjukkan keputusan positif dengan tahap keyakinan tinggi dari ujian coronavirus SARS. Pada jam 5:43 petang hari yang sama beliau berkata dalam kumpulan WeChat alumni sekolah perubatannya, "Terdapat 7 kes disahkan SARS berpunca dari Pasar Makanan Laut Huanan.” Dia juga menyiarkan laporan tersebut dan keputusan imbasan CT pesakit. Pada jam 6:42 petang beliau menambah, "berita terkini adalah, ia telah mengesahkan bahawa mereka adalah jangkitan coronavirus, tetapi virus yang tepat adalah jenis lain (subtype).”
Dia juga menjelaskan apakah coronavirus dalam mesejnya. Kerana hukuman daripada pihak berkuasa, Li hanya meminta rakan-rakannya untuk "mengingatkan ahli keluarga dan orang tersayang untuk berjaga-jaga", namun perbincangan itu mendapat perhatian nitizen secara meluas.
Dr Li mendapat jangkitan virus dari pesakitnya yang mengidap glaucoma tetapi juga membawa virus Wuhan.
Mayat Dr Li telah pun dibakar sebelum sempat keluarga nya menyaksikan. Beliau meninggalkan balu dan seorang anak lelaki. Ketika meninggal isteri Dr Li sedang mengandung anak mereka yang kedua.
李文良博士再见! (Farewell Dr Li Wenliang!).