Foto DR Wan Azizah menangis dan mengesat air mata ketika bertemu warga kerja Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

DR Wan Azizah menangis dan mengesat air mata ketika bertemu warga kerja Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Air mata Kak Wan

VIDEO bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninggalkan pejabatnya meruntun jiwa netizen apabila pemimpin itu dilihat menangis dan mengesat air mata.

A
hli Parlimen Pandan itu juga sempat menyantuni warga kerja Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Sebelum mengundur diri, saya menyantuni warga pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Khidmat dan jasa bakti mereka sepanjang saya menggalas amanah sangat saya hargai,” tulisnya di hantaran Facebooknya.


Video berdurasi satu minit 54 saat itu menunjukkan Dr Wan Azizah bersalam serta memeluk kakitangan wanita sambil mengelap air mata.


Dr Wan Azizah meninggalkan Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, pada 11.25 pagi hari ini ditemani anaknya, Nurul Izzah Anwar kira-kira sejam.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pemimpin nombor satu negara sekali gus menyaksikan Kabinet Pakatan Harapan terbubar.


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kemudiannya berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim selepas menerima peletakan jawatannya pada hari sama.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.