Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak meninggal dunia pada usia 91 tahun

Hosni Mubarak mentadbir Mesir selama 30 tahun sehingga digulingkan berikutan protes besar-besaran pada 2011 menerusi revolusi ‘Arab Spring’
Hosni Mubarak meninggal dunia

KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak meninggal dunia di hospital tentera di Galaa, Mesir pada usia 91 tahun.

Berita itu disahkan adik iparnya, Jeneral Mounir Thabet hari ini.

Portal berita BBC melaporkan Mubarak menjalani satu pembedahan pada Januari sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Mubarak memerintah Mesir selama 30 tahun dari 1981 sehingga beliau digulingkan dalam bantahan besar-besaran pada 2011 ketika Arab Spring.

Dua bulan selepas meletak jawatan, beliau ditahan dan dibebaskan pada 2017 selepas Mahkamah Rayuan membebaskannya daripada tuduhan terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai penunjuk perasaan pada 2011. - Agensi.


MASIH ingat dengan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang memerintah selama 30 tahun sebelum digulingkan dalam bantahan besar-besaran pada tahun 2011?

Beliau disahkan meninggal dunia pada usia 91 tahun di sebuah hospital tentera di Galaa, Mesir semalam.

Berita tersebut kematiannya disahkan anaknya, Alaa Mubarak yang telah memuat naik hantaran menerusi Twitter.

Hosni yang uzur sekian lama dilaporkan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan baru-baru ini selepas menjalani pembedahan.

Beliau ditahan dua bulan selepas digulingkan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan bertanggungjawab ke atas kematian lebih 800 penunjuk perasaan oleh mahkamah pada tahun 2012.

Begitu pun hukuman itu telah dibatalkan pada November 2014.

Sesungguhnya mati itu pasti kerana syarat kematian adalah hidup.

Semuanya di dunia akan ditinggalkan kecuali sedekah jariah, anak yang soleh dan ilmu bermanfaat.
.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.