apa itu koronavirus

Antara simptom biasa virus Wuhan koronavirus seperti: Sakit kepala, hidung berair, batuk atau sakit tekak. Virus ini telah disahkan berjangkit dari manusia ke manusia. Orang ramai dinasihatkan memakai penutup muka, basuh tangan secara kerap dan elak berinteraksi dengan individu yang mengalami demam atau batuk.
Wuhan kini 'lumpuh'

"Novel Coronavirus"

Selepas outbreak Influenza awal tahun ini, satu lagi virus yang mula menjadi kerisauan seluruh dunia iaitu korona virus. Setakat ini negara-negara seperti Amerika, Jepun dan Korea mempunyai kes jangkitan koronavirus. Semua negara berhati-hati untuk membendung virus ini supaya tidak memasuki negara.

Fakta dan kronologi tentang Novel Coronavirus yang menyebabkan Wuhan Pneumonia.


31/12/19 – Pejabat WHO di China dimaklumkan tentang 44 kes penumonia yang tidak diketahui punca berlaku di daerah Wuhan.

11/01/20 – WHO diberitahu oleh National Health Commission of China yang wabak pneumonia ni mempunyai kaitan dengan sebuah pasar menjual makanan laut di bandar Wuhan.

Melalui penyiasatan epidemiologi, kebanyakan pesakit telah melawat atau bekerja di Huanan Seafood Wholesale Market di bandar Wuhan, Wilayah Hubei di China.


Haiwan liar dan ternakan keduanya dijual di pasar terbabit.

07/01/20 – Pihak berkuasa China dapat mengasingkan virus yang disyaki menyebabkan jangkitan radang paru-paru. Ia adalah Coronavirus jenis baru.

12/01/20 – Mereka berkongsi jujukan genetik virus ni kepada negara lain untuk mengenalpastinya melalui ujian diagnostik yang spesifik.

13/01/30 – Ministry of Public Health of Thailand memaklumkan yang mereka menerima 1 kes diimport dari daerah Wuhan.

15/01/20 – Ministry of Health, Labour and Welfare di Jepun mendapat 1 kes yang juga dibawa dari daerah yang sama.

20/01/20 – National IHR 6 Point (NFP) for Republic of Korea mengumumkan kes pertama Novel Coronavirus di negara itu. Sperti di dua negara lain, kes ini berasal dari daerah Wuhan.

Menurut laporan WHO bertarikh 20/01/20, setakat ni terdapat 282 kes yang disahkan disebabkan oleh nCoV:

278 – China – Hubei, Guangdong, Beijing dan Shanghai2 – Thailand1 – Jepun1 – Korea Selatan

Dari 278 kes di China:
6 kematian
12 dalam keadaan kritikal
55 mengalami simptom yang teruk

Virus ni boleh menjangkiti dari haiwan ke manusia, malah ia boleh merebak dari manusia ke manusia. Berita terbaru mengatakan, nCoV mungkin berasal dari ular dan kemudiannya merebak ke manusia.


Coronavirus adalah salah satu dari kelompok virus RNA.

Dinamakan demikian karena mereka terlihat seperti korona atau halo bila dilihat di bawah mikroskop elektron.

Korona atau halo ini disebabkan oleh serangkaian proyeksi permukaan luar virus.

Koronavirus adalah virus dari familia Coronaviridae yang dapat menyebabkan penyakit pada manusia, mamalia, dan burung. Struktur tubuh virus (virion) ini terdiri dari membran, selubung lipid bilayer (envelope), glikoprotein yang menyerupai paku (spike), genom RNA positif, dan protein nukleokapsid.

Glikoprotein koronovirus dapat berikatan dengan glikoprotein permukaan sel inang secara spesifik untuk memulai terjadinya infeksi. Koronavirus diklasifikasikan menjadi tiga golongan utama, golongan 1 dan 2 menginfeksi mamalia, mulai dari kelelawar hingga manusia, sedangkan golongan 3 hanya ditemukan pada spesies avian (burung).

Infeksi virus ini dapat menimbulkan gejala penyakit yang bervariasi, mulai dari hampir tidak timbul gejala apapun hingga gejala yang fatal dan cepat. Infeksi koronavirus dapat menyebabkan berbagai penyakit, seperti bronkitis, ensefalitis, gastroenteritis, dan hepatitis.

nCoV menjangkiti hidung, tekak dan sinus. Ia juga dipanggil Wuhan Virus dan menyebabkan simptom seperti pneumonia iaitu demam dan sukar bernafas.

Ia dikatakan sedang mengadaptasi dan bermutasi menyebabkan ia lebih sukar dikawal dan ditangani. Tetapi setakat ni, semuanya masih mampu dilaksanakan oleh pihak berkuasa di negara asal iaitu China dan semua negara terlibat.

KKM telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk menangani kemungkinan penyebaran virus ini ke dalam negara kita.

Harap semua jangan panik ok. Mereka ni berautoriti dan mempunyai kepakaran dalam kes kejadian jangkitan kluster ini.

Ni termasuklah mengesan kemungkinan kes yang dibawa masuk melalui semua pintu sempadan negara, dengan meletakkan anggota perubatan yang bertanggungjawab untuk screen semua kru dan pelawat dari Wuhan. Kad Amaran Kesihatan diberikan kepada mereka yang baru pulang dari Wuhan.

Melalui berita yang saya baca, daerah Wuhan telah dikuarantin dan perkhidmatan pengangkutan awam juga telah dihentikan sementara untuk mengekang merebaknya virus ni.

Dari berita yang sama, 17 orang telah dilaporkan meninggal dunia disebabkan n-CoV sehingga tarikh hari ni.

1 kes telah didapati di Amerika Syarikat, juga dibawa masuk oleh pesakit yang datang dari Wuhan.

Memandangkan Tahun Baru Cina dalam masa beberapa hari lagi, dan inilah migrasi manusia terbesar dalam dunia, kerana penduduk China yang berjumlah 1.417 bilion. Ini merisaukan pihak berkuasa di China kerana ia membuka peluang untuk virus ini merebak dengan cepat.

Setakat ni tak ada larangan perjalanan dikeluarkan oleh pihak kerajaan Malaysia ke daerah Wuhan atau mana-mana wilayah di China yang mempunyai kes di kawasan mereka.

Apa-apa pun, pentingnya mengamalkan tabiat hygiene yang betul setiap masa. Sama seperti kita nak mencegah mendapat jangkitan respiratori atau sistem pernafasan Influenza atau virus lain. Jadikan ia sebagai amalan kita dan keluarga.


Apa itu Koronavirus?


Koronavirus adalah virus yang sering terjadi pada spesis haiwan. Ianya amat jarang untuk manusia terjangkit. Akan tetapi dengan berita baru-baru ini, menunjukkan yang ianya mulai menjangkiti manusia. Perkara ini mungkin disebabkan virus ini mula berevolusi dan tersebar kepada manusia.


Jenis koronavirus pada manusia adalah;


229E (alpha coronavirus)NL63 (alpha coronavirus)OC43 (beta coronavirus)HKU1 (beta coronavirus)Simptom dan tanda-tanda Koronavirus

Berikut adalah tanda-tanda (simptom) seseorang itu dijangkiti coronavirus:

Hidung berair (berhingus)Sakit kepalabatuksakit tekanDemamMerasa tidak sedap badan.Cara Mencegah Terkenan Koronavirus

Beberapa cara yang boleh diamalkan agar tidak terkena virus ini adalah;

Kerap membasuh tangan dengan sabun dan air paling kurang selama 20 saat.Elakkan menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang kotor (tidak berbasuh)Elakkan dekat dengan mereka yang sedang sakitJika anda sedang tidak sihat, duduk di rumah sahaja.Tutup mulut menggunakan tisu atau tuala kecil ketika batuk atau bersin. Kemudian buang tisu tersebut ke dalam tong sampah dan basuh tangan.Rawatan Koronavirus

Tiada rawatan spesifik bagi Koronavirus.

Jika anda ada tanda-tanda seperti yang disebutkan di atas, segera berjumpa doktor.


China mengarahkan tiada kereta api atau pesawat berlepas dari Wuhan, susulan penularan wabak koronovirus yang kini menyebabkan 17 kematian.

Pihak berkuasa di Wuhan juga menggantung semua perkhidmatan bas dan kereta api bawah tanah.

Selain itu, tiada penduduk yang dibenarkan keluar dari bandar itu tanpa ‘alasan khusus’

Lebih 570 orang dijangkiti dengan virus itu di seluruh China dengan kebanyakan kes dikesan di Wuhan.

Virus terbaharu itu menyebabkan panik apabila ia dikaitkan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Wabak SARS antara 2002 dan 2003 menyebabkan 650 kematian di tanah besar China dan Hong Kong


Sementara itu, pemerhatian mendapati stesen kereta api di Wuhan kini hampir kosong. Hanya ada pekerja dan beberapa orang beratur untuk menaiki teksi.

Semuanya dilihat memakai penutup hidung dan mulut.

Ini lima perkara yang anda perlu tahu mengenai koronavirus


HONG KONG: Selepas jangkitan influenza, dunia sekali lagi dikejutkan dengan penyebaran koronavirus.


Penyebaran virus baharu yang bermula dari China itu menyebabkan masyarakat panik seterusnya diselubungi kebimbangan dengan kesihatan diri dan orang tersayang.

Bagaimanapun, sejauh mana kesedaran orang ramai mengenai virus baharu ini? Berikut lima perkara  yang perlu anda ketahui mengenai virus membunuh itu.

1. Apa itu koronavirus? Bagaimana ia bermula?


Koronavirus merupakan radang paru-paru yang seakan sama dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Gejalanya yang boleh dilihat apabila individu mengalami demam, batuk dan sukar bernafas.

2. Adakah koronavirus akan berkembang dan menjadi wabak serius seperti SARS yang baharu?


Meskipun SARS mempunyai nisbah kemungkinan menyebabkan kematian sebanyak 11 peratus namun koronavirus dilihat kurang berbahaya kerana kebanyakan mangsa yang dijangkiti virus baharu itu berusia sekitar 60 tahun.

Namun pada masa yang sama, penyelidik percaya bahawa masih ada kes yang tidak dilaporkan .

Kajian yang dilakukan oleh Imperial College London percaya bahawa 1,700 orang telah dijangkiti virus tersebut namun tidak dilaporkan.

3. Mudah dijangkiti melalui manusia.


Pengesahan mengenai penyebaran tersebut turut diakui oleh Suruhanjaya Kesihatan Nasional China dan pakar perubatan China

Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kerajaan China percaya ia mungkin berpunca daripada haiwan.


4. Perlindungan kendiri boleh diambil dengan beberapa langkah


WHO menasihatkan supaya mengelakkan daripada berhubung secara terus dengan mereka yang mempunyai simptom-simptom koronavirus.

Pada masa sama, WHO menasihatkan orang ramai agar memakai topeng muka dan sarung tangan segera mendapatkan rawatan jika anda sukar untuk bernafas.



5. Koronavirus belum menyerang Malaysia


Tiada kes membabitkan coronavirus baharu dilaporkan di negara ini, namun kerajaan mengambil langkah siap sedia bagi menghadapi potensi penularan penyakit itu.

Buat masa ini virus tersebut telah merebak ke  Beijing dan Wilayah Guangdong di selatan China, termasuk Thailand, Korea Selatan, Jepun, Singapura, Taiwan dan juga Amerika Syarikat.

Terbaharu China mencatat 17 angka kematian akibat wabak penyakit misteri koronavirus manakala lebih 540 lagi kes jangkitan turut disahkan di negara itu.

Susulan itu, pihak berkuasa China mengenakan perintah kuarantin di Wuhan dan menggantung sementara semua perkhidmatan pengangkutan awam.

Penduduk Wuhan yang seramai 11 juta itu tidak dibenarkan keluar atau meninggalkan daerah itu buat sementara waktu bagi membendung penularan virus tersebut, terutamanya pada musim perayaan ini.

Ikuti penerangan Pakar Perunding Respiratori, Dr Helmy Haja Mydin untuk mengetahui lebih mendalam apakah itu Koronavirus.
.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.