Anak tepis rasa malu, bangga dibesarkan oleh bapa Sindrom Down

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Tiada siapa menyangka, lelaki yang dilahirkan sebagai seorang Sindrom Down mampu menjadi seorang ayah dan membesarkan anak dengan baik sekali. Itulah yang diceritakan oleh seorang pengguna Facebook dengan nama Richie Anne Castillo atau lebih dikenali sebagai Anne, berkongsi kisah hidupnya memiliki ayah seorang insan istimewa.
(📸 ©Facebook Richie Anne Castillo)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

”Betapa Indahnya Ayah Luar Dalam”, Anak Kongsi Rasa Bangga Dibesarkan Ayah Sindrom Down

Ibu bapa merupakan satu-satunya insan yang mampu menerima, menghargai dan menyayangi kita tanpa sebarang syarat.

Namun, tak semua anak mampu lakukan perkara yang sama. Pernah dibuli kerana memiliki bapa yang menghidap sindrom Down, Anne pada mulanya malu untuk berhadapan dengan orang sekeliling ketika masih kecil.


Namun kini semuanya berubah. Anne berbangga memiliki ayah yang kuat dan menjadi inspirasi buat dirinya. Pada 2 Jun lalu, dia berkongsi ucapan hari lahir kepada ayahnya di Facebook bagi menunjukkan betapa istimewanya insan tersebut dalam hidupnya.
Gambar: Facebook Richie Anne Castillo
“Ayahku sayang, hari ini merupakan detik yang istimewa dalam hidup ayah. Hari ini genap usia ayah 50 tahun dan saya berasa dirahmati kerana ayah terus menjalankan hidup yang indah dan panjang.

“Saya tahu ayah takkan mampu baca luahan ini tapi saya mahu seluruh dunia tahu betapa bangganya saya mempunyai ayah sebagai ayah saya. Saya ingin mereka tahu betapa indahnya ayah luar dan dalam.



“Ayah, saya mengambil masa bertahun-tahun untuk mengumpul kekuatan menghadapi semua orang. Semasa sekolah rendah, saya dibuli kerana mereka cakap ayah berbeza. Sebagai kanak-kanak, saya tidak nampak perbezaan itu, yang saya nampak ialah ayah merupakan ayah saya. Saya tidak faham kenapa mereka mengejek dan memanggil saya tidak normal. Setelah beberapa lama, barulah saya faham. Saya menjadi penakut setelah itu.

Anne turut menyifatkan ayahnya sebagai insan yang paling berani dan kuat kerana jarang sekali mengeluh walau terpaksa menjalani pelbagai prosedur kesihatan.

“Selama ini, ayah jarang sekali merungut walau terpaksa disuntik, dibedah di sana sini, dialisis dan banyak lagi.
Gambar: Facebook Richie Anne Castillo
“Saya pernah tengok ayah ketika ayah terlalu penat dan sakit. Saya pernah lihat ayah menangis kerana lutut ayah sakit. Saya tidak dapat rasa kesakitan itu tapi saya harap mampu mengambil tempat ayah supaya ayah tidak sakit lagi.

“Ayah, maafkan saya jika tidak membawa ayah ke pantai dengan lebih kerap atau tidak bawakan dimsum kegemaran ayah atau tak cukup kerap melawat ayah. Satu perkara yang saya kesali ialah menyembunyikan ayah dari hidup saya kerana saya masih lagi kanak-kanak sama yang takut dibuli.


Tapi saya sayangkan ayah lebih dari yang ayah tahu dan saya sentiasa terinspirasi dengan ayah.
“Selamat hari lahir yang ke-50 ayah! Saya kuat dan berani kerana ayah. Saya sayang ayah. Saya dah cukup besar untuk pertahankan diri dari pembuli.”


Sumber: Richie Anne Castillo

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.