Kehilangan telefon bimbit yang menyimpan banyak gambar, data kerja yang penting boleh membuatkan kita rasa tidak tenang duduk.
Baru-baru ini, seorang wanita mengalami kejadian yang sama. Namun beliau bernasib baik kerana kebetulan pada waktu itu suaminya membawa komputer riba dan mereka mampu mengesan lokasi telefon bimbit berkenaan.Pada awalnya mereka cuba mencari kedudukan tepat telefon bimbit itu melalui bunyi deringan yang kuat selama lima minit. Namun gagal berbuat demikian. Hampir saja memilih untuk memadamkan segala data dalam telefon bimbit itu, akhirnya ada seorang individu yang menghubungi suaminya memaklumkan penemuan telefon wanita terbabit. Alhamdulillah. Semoga perkongsian dari Puan Ain ini bermanfaat untuk para pengguna smartphone. Sediakan payung sebelum hujan ya gais.
SAYA kehilangan handphone di tandas RNR Gurun. Kebetulan abang bawa laptop, terus abang login Gmail account saya. Selepas itu, 'track my device' menggunakan Google account. Kemudian pilih 'ring my phone'. Walaupun phone kita dah ditetapkan kepada 'Silent', tetapi Google boleh deringkan peranti itu dengan kuat dan nyaring selama lima minit.
Jadi, semasa handphone tengah berdering itu, abang tekan 'locate my phone'. Lokasi menunjukkan handphone saya masih lagi berada di RNR Gurun. Abang terus berlari meredah hujan mencari lokasi tersebut. Ia menunjukkan parking di bahagian belakang.
Saya pula berdoa dalam hujan dengan sepenuh hati semoga abang pulang dengan membawa hasil. Saya bukan sayang handphone tetapi saya sayang semua gambar, data dan fail di dalam handphone itu. Handphone saya itu ibarat laptop dan buku nota. Semua kerja Mary Jardin saya selesaikan dengan smartphone ini.
Masa itu saya marah pada diri sendiri kenapa tak buat backup di Google account semua benda dalam handphone itu. Dalam keadaan cemas, bingung dan sedih, Adam pula menangis sekuat hati. Saya masa itu tengah memegang laptop, tengok kalau-kalau lokasi itu berubah, mungkin orang bawa lari ke apa kan.
Cepat-cepat saya menenangkan diri sebab kalau serabut pun tidak akan membawa faedah. Bila saya dah tenang, automatik Adam pun saya boleh tenangkan dengan jayanya. Selepas selesai tidurkan Adam, saya ternampak kelibat abang pulang dengan hampa. Kemudian kami nampak lokasi phone beralih ke Ramly Burger. Kami terus gerak dan park di depan Ramly Burger.
Abang hantar mesej pada handphone itu, "Please call 017-******' dan mesej dihantar melalui Google account tersebut. Mesej ini memang akan terpapar di muka depan screen.
Abang hantar mesej pada handphone itu, "Please call 017-******' dan mesej dihantar melalui Google account tersebut. Mesej ini memang akan terpapar di muka depan screen.
Jalan terakhir, saya memang buat keputusan 'consider erasing your device' dah. Tetapi saya bersabar saja dulu sebab button ini memang pilihan terakhir. Kalau tekan butang itu, memang tak dapat recover kembali semuanya.
Di saat saya hampir berputus asa, tiba-tiba abang menerima satu panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Mungkin dia baca mesej yang dihantarkan tadi. Alhamdulillah, orang yang ambil handphone itu memang bercadang mahu memulangkan semula handphone itu. Katanya tengah solat tadi. Kami berjumpa di depan Ramly Burger.
Sungguh Allah mendengar doa hambaNya yang meminta dengan bersungguh-sungguh ketika turunya hujan rahmat. Kejadian ini membuatkan saya insaf. Kalau waktu begini Allah dengar permintaan kita, apatah lagi kalau kita meminta dengan bersungguh-sunggu hdi waktu tahajjud.
Melalui post ini, saya cuma mahu menyampaikan cara untuk mencari handphone yang hilang sekiranya tiada apps atau mungkin anda semua boleh download saja apps sebelum kes seumpama ini berlaku. Wallahualam.
Sumber: Ain Nadiah Mazlan
Melalui post ini, saya cuma mahu menyampaikan cara untuk mencari handphone yang hilang sekiranya tiada apps atau mungkin anda semua boleh download saja apps sebelum kes seumpama ini berlaku. Wallahualam.
Pilih akaun dan masukkan password |
Scroll ke bawah |
Find your phone and get started |
Pilih handphone yang hilang |
Ring atau locate, anda pilih |
Erasing your device itu kiranya pilihan terakhir untuk format telefon itu. |
Sumber: Ain Nadiah Mazlan