Lelaki Menjumpai Bayi Yang Dibuang Mahu Ambilnya Sebagai Anak Angkat

Bagus brader nih. Jumpa bayi yg dibuang trus nk amik buat jadi anak angkat !!!
Lelaki Yang Menjumpai Bayi Yang Dibuang Mahu Ambilnya Sebagai Anak Angkat

Beberapa hari lalu, kecoh apabila seorang lelaki menemui seorang bayi baru lahir dan masih bertali pusat di dalam beg di bawah pokok berhampiran Flat Sri Anugerah, Larkin.

Hari ini, lelaki itu menyatakan hasrat mahu menjadikan bayi perempuan tersebut sebagai anak angkat.

Ahmad Fauzi Ismail berkata, dia sudah pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri bagi mengetahui lebih lanjut mengenai proses pengambilan anak angkat.

Lelaki berusia 28 tahun itu mengetahui peluang mengambil bayi berkenaan agak tipis, tetapi akan berusaha untuk menghantar borang permohonan.

“Kakitangan JKM beritahu kena tengok urutan. Orang yang mohon ramai sangat. Lagipun kes dah viral jadi proses agak berbeza.
“Siapa tahu ada rezeki saya nanti. Saya cuba ikut semua prosedur tapi tak nak berharap sangat, takut nanti kecewa,” katanya.

Menurut bapa kepada seorang anak lelaki itu, dia berhasrat mahu menjadikan bayi tersebut sebagai anak angkat kerana telah lama menanti kehadiran cahaya mata kedua.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.