Suami Berang bila ajakan untuk lakukan hubungan intim ditolak terus bunuh isteri & bakar rumah

Polis percaya suspek bertindak sedemikian selepas isterinya menolak ajakan untuk melakukan hubungan intim. | 😲 Tergamak gile!
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Polis menahan seorang lelaki yang didakwa membunuh isteri dan membakar rumahnya sehingga menyebabkan anak lelakinya yang berusia lima tahun mengalami kecederaan.

Menurut polis, suspek yang dikenali sebagai Jumharyono, pulang ke rumahnya di Kramat Jati di Jakarta Timur pada jam 1 pagi 6 Ogos lalu.

Polis berkata, mereka percaya suspek bertindak sedemikian selepas isterinya menolak ajakan untuk melakukan hubungan intim. 

Ketua Polis Kramat Jati, Nurdin A Rahman berkata, suspek dipercayai mempunyai hiperseksualiti iaitu desakan seksual yuang sangat kerap atau meningkat secara tiba-tiba berkemungkinan mangsa menolak ajakan suspek untuk melakukan hubungan intin. 

"Ketika ditahan, suspek berada dalam keadaan separuh bogel di mana isterinya masih berpakaian yang dipercayai enggan menurut kehendak suspek lalu dipukul di bahagian kepala dengan batu serta ditikam," katanya. 

Polis berkata, selepas mangsa dibunuh, suspek membakar tilam mereka agar kediaman mereka terbakar dan juga bagi menghapuskan mayat mangsa.

Namun api hanya merebak ke bilik lain dan tidak menjejaskan mayat mangsa. 

Sebaliknya, anak suspek yang tidur di dalam bilik mengalami kecederaan melecur akibat terbakar. 

"Mangsa mengalami luka melecur 80 peratus. Muka dan belakang badannya melecur," kata Nurdin. 

Kanak-kanak itu diselamatkan oleh jiran dan menahan Jumharyono sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

Julai lalu, seorang lelaki tergamak mengelar leher isterinya di hadapan anak mereka kerana mangsa enggan melakukan hubungan intim dengannya.

Seminggu selepas kejadian itu, seorang wanita menyerang suaminya dengan kapak kerana mangsa kerap memaksa suspek melakukan hubungan intim.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.