Kutuk Guru Lembut Selesai, Ibu & Cikgu Bermaafan

IBU kepada pelajar perempuan dirotan dan guru yang videonya tular baru-baru ini, mengambil jalan penyelesaian berdamai dan memohon maaf dalam pertemuan tertutup bersama Jabatan Pendidikan Johor.
Kes guru rotan murid selesai

JOHOR BAHRU: Isu seorang guru merotan pelajarnya di sebuah sekolah di sini yang mendapat perhatian netizen selepas rakaman video kejadian itu tersebar di media sosial baru-baru ini, selesai apabila pihak terbabit saling memohon maaf.

IBU kepada pelajar perempuan dirotan dan guru yang videonya tular baru-baru ini, mengambil jalan penyelesaian berdamai dan memohon maaf dalam pertemuan tertutup bersama Jabatan Pendidikan Johor.

Kes tutup... Ibu pelajar dah tarik balik repot polis dan kedua-dua pihak sudah bermaafan.

Itu machiam laa.. Harap kes ini dijadikan tauladan

Ibu dan pelajar perempuan terbabit serta guru berkenaan memaafkan antara satu sama lain dalam pertemuan tertutup bersama Jabatan Pendidikan Johor di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di sini hari ini.

Pertemuan sejam itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan; Pengarah Pendidikan Johor, Azman Adnan dan Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru, Shaharuddin Saari.


Serentak itu, Aminolhuda menasihati semua pihak supaya tidak memanjangkan isu berkenaan kerana ia sudah dapat ditangani dengan baik.

Katanya, Jabatan Pendidikan Johor prihatin dan maklum keresahan guru dan masyarakat amnya untuk sebarang tindakan lanjut secara adil berkaitan insiden yang berlaku di sekolah.

“Bagi memastikan penyelesaian yang dibuat lebih adil, jabatan tidak seharusnya mengenepikan peraturan sedia ada, di samping mengambil kira aspek kebajikan kedua-dua pihak iaitu guru dan murid.

“Pendekatan perbincangan dan permuafakatan antara pihak terbabit juga dilaksanakan di peringkat sekolah dan PPD Johor Bahru bagi menangani insiden secara holistik.

“Jabatan memandang serius insiden ini kerana membabitkan kredibiliti profesion keguruan dan proses kemenjadian murid itu sendiri sebagaimana hasrat yang digariskan Kementerian Pendidikan,” katanya dalam kenyataan selepas pertemuan itu.

Aminolhuda meminta semua sekolah dan warga pendidik memahami dan menguasai peraturan supaya dapat mengawal tindakan menangani disiplin murid secara tidak beremosi ketika melaksanakan tugas mendidik di samping memantapkan aktiviti berimpak tinggi ke arah kemenjadian murid.

“Terima kasih kepada PPD Johor Bahru dan pihak sekolah kerana cepat mengambil tindakan dengan mengadakan sesi permuafakatan termasuk penarikan balik laporan polis yang dibuat oleh ibu pelajar, selain guru memohon maaf secara terbuka kepada murid dan ibunya atas tindakan berkenaan.


“Pihak sekolah diingatkan juga memastikan kejadian seumpama ini tidak akan berulang semula, selain polis juga akan meneruskan siasatan sehingga selesai,” katanya.


Sebelum ini, tersebar satu rakaman video berdurasi dua minit 28 saat menunjukkan seorang wanita meminta penjelasan daripada seorang guru lelaki berikutan anak perempuannya dirotan.


Dalam rakaman itu, guru berkenaan dilihat memberi penjelasan mengenai tindakannya merotan pelajar terbabit, namun dipertikaikan ibu berkenaan sambil menunjukkan kesan rotan pada tubuh anaknya.


Berikutan itu, ibu murid berkenaan membuat laporan polis sebelum membuat keputusan menarik balik laporan berkenaan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.