Kerap kerja lebih masa antara punca tekanan, bunuh diri
Gadis MATSURI Takahashi berusia 24 tahun bunuh diri sebab Overtime
Tindakan seorang pekerja membunuh diri mendorong salah satu syarikat pengiklanan terbesar Jepun melaksanakan undang-undang baharu yang menetapkan pejabat perlu ditutup pada jam 10.00 malam setiap hari.
Matsuri Takahashi, 24 tahun, terjun dari pangsapurinya di tingkat empat berikutan tekanan kerana terpaksa kerap bekerja lebih masa.Dalam temubual, pakar psikologi dan pengarah Institut Psikologi Gunaan di Sekolah Tinggi Ekonomi, Guli Bazarova, memberi komen mengenai isu itu dan menjelaskan mengapa negara maju dan berteknologi tinggi seperti Jepun tidak dapat menangani isu gila kerja.
Menurut Bazarova, alasan utama dalam tradisi budaya Jepun berdasarkan mentaliti ketaatan.
Wujud kebimbangan keterlaluan untuk membuat kesilapan, untuk gagal.
"Rakyat Jepun memberi yang terbaik ketika bekerja dan tidak boleh berehat.
Teknologi Jepun berkembang setiap hari dan pekerja faham jika mereka melakukan kesilapan, ia akan menjejaskan keseluruhan syarikat," katanya.
Berikutan kejadian itu, syarikat Dentsu menjadi subjek kepada pelbagai pemeriksaan, dan ketika siasatan semakin jelas kejadian seumpama itu pernah berlaku sebelum ini.
Jepun adalah antara segelintir negara yang mengumpulkan statistik khas mengenai 'kematian bekerja berlebihan.' Punca utama kematian seumpama itu adalah serangan jantung dan strok yang disebabkan tekanan. - AGENSI
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags
https://beritaup2date.blogspot.com/2016/11/gadis-matsuri-takahashi-berusia-24.html?showComment=1486575637407#c1472531496866341006
ReplyDelete