Seorang lelaki di China bertindak menghancurkan 10 buah iPhone 7 selepas tidak puas hati dengan layanan yang diberikan oleh sebuah kedai telefon di negara stersebut.
Tidak pasti bagaimana keadaan mula menjadi tegang, namun menurut portal World of Buzz, kejadian difahamkan berlaku apabila pihak kedai berkenaan enggan membaiki iPhone miliknya dan kedengaran di dalam video kejadian dialog seperti ini:"Baiki apa? Kalau ada duit beli telefon baru sahaja. Kalau tak ada, pergi kedai lain untuk baiki".
Lelaki itu kemudian bertindak membeli 10 iPhone di kedai tersebut dan memecahkannya.
"Saya nampak kamu ada banyak iPhone dalam kedai ni. Saya nak beli semuanya".
Pada mulanya jurujual kedai itu hanya menyangka lelaki berkenaan hanya bermain-main, lalu berkata mereka mempunyai 10 buah iPhone, yang berjumlah 63,000 Yuan (RM38,900).
Namun mereka terlopong apabila lelaki berkenaan mengeluarkan wang tunai dan membayar kesemua iPhone itu sebelum memecahkan semuanya menggunakan tukul.
Pelanggan berang itu membeli kesemua 10 iPhone guna tunai. |
Empunya kedai itu kemudian berkata: "Saya tak fikir kamu boleh hancurkan seluruh kedai saya".
Pelanggan itu kemudian bertanya: "Berapa harga kedai ini?".
Empunya kedai itu kemudian menjawab: "500,000 Yuan (RM308,000).
Pembantu pelanggan berang itu kemudian pergi mengambil wang dan setelah wang sampai, pelanggan berkenaan mula bertindak memecah dan merosakkan kedai tersebut.
Pelanggan berkenaan menunggu wang sampai sebelum memecahkan kaunter kedai tersebut.