Seorang lelaki warga Ukraine bertindak menukar namanya secara rasmi kepada 'Iphone 7' selepas sebuah kedai elektronik di sini membuat promosi untuk menghadiahkan telefon pintar terbaru keluaran Apple itu kepada lima orang pertama yang sanggup menukar nama mereka kepada nama telefon terbabit.

iPhone 7 (iPhone сім dalam bahasa Ukraine), 20, berjaya menebus telefon itu pada hari Jumaat lalu.

Menurut iPhone 7 atau nama asalnya, Olexander Turin, dia mungkin akan menukar semula namanya selepas dia mempunyai anak.

Di Ukraine, harga iPhone 7 bermula pada US$850 (RM3,572) dan kos untuk menukar nama cuma $2 (RM 8).

Pada mulanya keluarga dan rakan iPhone 7 terkejut dengan keputusan itu namun mereka menyokongnya - mungkin disebabkan ia satu bisnes yang berbaloi.

Adiknya, Tetyana Panina berkata: "Pada mulanya susah untuk menerima dan percaya ianya benar"

"Setiap orang di dunia ini mempunyai cara tersendiri untuk mengekspressi diri masing-masing. Kenapa tidak dengan cara ini?", katanya.

iPhone 7 merupakan individu pertama yang menukar namanya kepada telefon terbaru Apple itu.

Semua yang hijau berjaya menerima iPhone selepas menukar nama mereka. Yang bercop merah pula gagal kerana dipercayai menggunakan pasport palsu.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date