Bukti Samyang Ramen Halal Di Korea

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
(Video&Gambar) Viral Pelbagai Isu Halal Samyang Di Media Sosial, Lelaki Ini Datang Melawat Sendiri Ke Kilang Samyang Halal Di Korea.
(Foto ©maukerja.my/)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Sebut saja nama ramen Samyang, sudah pasti ramai yang tahu akan kewujudan makanan segera ini, bahkan kanak-kanak kecil pun tahu dan suka walaupun pedas tidak terkata bila makan.

Permintaan terhadap makanan segera ini telah meningkat dengan mendadak di Malaysia selepas disahkan halal oleh Jakim sendiri, namun ada juga suara tidak enak didengar mempertikaikan status halal makanan ini yang dieksport ke Malaysia.


Kerana pelbagai khabar angin itu, pihak Jakim sekali lagi tampil memperjelaskan yang ramen memasuki pasaran Malaysia secara sah adalah halal melainkan yang berada di pasaran Korea adalah tidak halal kerana kilang menghasilkan ramen halal dan tidak halal adalah dua kilang berbeza.

Perkara ini juga disahkan oleh Halal Korea, namun masih ada yang mempertikai dan menyebarkan khabar angin yang mengundang rasa bimbang dikalangan pengguna.

Terpanggil dengan isu ini, beberapa orang rakyat Malaysia dengan kerjasama Halal Korea telah melawat sendiri kilang ramen Samyang halal berkenaan di mana mereka didedahkan dengan cara pembuatan dan pelbagai layanan yang baik.

Jom kita baca perkongsian Tuan Nizam TiKir mengenai pengalaman dan penjelasan beliau mengenai isu ini selepas melawat kilang Samyang Halal di Miasageori, Seoul, Korea.

Jom kita baca.

[Lawatan ke Samyang HQ]

Hari ni abang bersama Halal Korea (NGO yg memperjuangkan pasaran halal di Korea) melawat HQ syarikat Samyang di Miasageori, Seoul. Tujuan asal untuk bersoal-jawab dengan pengurusan Samyang berkenaan tatacara mereka menjaga kehalalan produk mereka.

[Updated~ sila share utk makluman rakyat M'sia]


Berikut adalah details hasil soal jawab bersama Executive Director of Sales (Overseas), Samyang Foods Co. Ltd:

1. Samyang ada 2 kilang untuk hasilkan ramen mereka. Semua ramen halal mereka dihasilkan hanya dari kilang terbaru mereka di Wonju yang telah mendapat sijil halal dari Korea Muslim Federation (KMF). Logo halal ada pada packaging. KMF adalah organisasi yg memberi persijilan halal di Korea.

2. Tiga production line di kilang di Wonju dikhaskan untuk produce halal ramen.

3. Ramen halal keluaran mereka hanya dieksport... pengimport terbesar adalah Malaysia dan Indonesia.


4. Ramen untuk jualan tempatan di Korea masih menggunakan kilang lama. So, tidak halal... dan tidak ada logo halal pada packaging.

5. Masalah timbul bila ada pihak yang smuggle ramen yg tidak halal yang dijual di pasaran Korea dan dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Kalau takde logo halal tu maknanya ia bukan di ksport oleh pihak Samyang.. dan ia tidak halal.


6. Logo halal yang tulen adalah direct printing di packaging dan bukannya tampalan atas packaging.

7. Samyang belum dapat menjual ramen halal mereka di pasaran Korea kerana belum mendapat kelulusan KFDA.

8. Tak lama lagi di pasaran Malaysia akan keluar perisa baru... Abang dah rasa tadi... pedas-pedas sedap.. tak sepedas yang ori tu... memang sesuai dgn tekak N.Sembilan abang ni. Tak la podeh melahar macam yang ori tu.

Berikut adalah video lawatan mereka yang dimuatnaik secara lnagsung oleh pihak Halal Korea.


Jadi kesimpulannya di sini, jika ramen itu tidak diskeport sendiri oleh pihak Samyang dari Korea, iaitu dibawa masuk sendiri oleh individu lain ke Malaysia, status halal adalah diragui.

Selain itu, jika packaging adalah cetakan asal di plastik maka ianya disahkan halal, dan jika cop halal adalah tampal seperti sticker, maka ianya adalah palsu dan tidak halal.

SOURCE: FB Nizam TiKir

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.