Bila Mangsa Simbah Asid Oleh Ibu Sendiri Tuntut Bela Selepas 6 Tahun

Mangsa serangan asid, Azri Abdullah ingin membuka semula kes yang berlaku terhadap dirinya selepas ia diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya (NFA) sejak 6 tahun lalu.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Azri, 47, yang kini buta kedua-dua belah matanya berterima kasih kepada Pejabat Peguam Negara kerana membantunya menuntut pembelaan.

Peguam Azri, Anbananthan Yathiraju berkata, beliau telah menghantar surat kepada pejabat peguam negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar membuka semula kes ini.


"Hasilnya suspek kes itu dituduh di Mahkamah Sesyen Butterworth pada 25 Mac lalu. Selepas pertuduhan dilakukan hakim kemudian memutuskan 23 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes," katanya.

Selain itu, Azri juga merayu bantuan orang ramai untuk mengumpul dana sebanyak RM160,000 bagi menjalani pembedahan.

Kejadian ngeri yang menimpa Azri ini berlaku pada 22 Disember enam tahun lalu apabila dia pergi ke rumah ibunya yang terletak di Tasek Gelugor, Pulau Pinang untuk mengambil salinan asal geran motor milik arwah ayahnya kerana mahu memperbaharui cukai jalan kenderaan tersebut.

Walaubagaimanapun, setelah sampai ke rumah didapati pintu terkunci malah ibu dan adik-beradik  yang berada didalam rumah tidak menyahut panggilannya.

“Mereka enggan buka pintu, jadi saya cuba intai melalui lubang dinding rumah dan dapati emak serta semua adik-beradik saya berada dalam rumah.

“Saya panggil mereka, tapi mereka buat tak tahu. Saya nampak seseorang pegang bekas kecil dan terus simbah melalui lubang tempat saya mengintai. Akibatnya mata dan muka saya berasa panas ketika terkena cecair tersebut dan menjerit meminta tolong.

“Mereka tidak peduli, menyebabkan saya terpaksa mendapatkan bantuan daripada ibu saudara yang tinggal berdekatan. Saya tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya,” katanya. 

Akibatnya, Azri koma dan dipindahkan ke tiga hospital. Bekas pekerja kilang ini juga terpaksa menanggung kesakitan selama hampir 11 bulan. Ditanya apakah punca mereka sanggup bertindak sebegitu, Azri berkata dia sendiri tidak mengetahui punca sebenar.

“Hampir 11 bulan saya menanggung kesakitan ini. Saya sukar bernafas, harapan untuk kedua-dua mata pulih juga tipis. Lebih menyedihkan, sepanjang terlantar sakit, tidak sekalipun ibu atau adik-beradik datang bertanya khabar,” katanya dalam nada sebak. :

“Biar apa pun layanan adik-beradik terhadap Azri, Azri tetap sayang dan maafkan mereka. Azri redha dan sangat rindukan mereka,” katanya teresak-esak ketika ditemubual enam tahun lalu. - Sumber

beritaup2date: Dalam dunia ni ada pelbagai perangai yang pelik dan tak terpikir dek akal. Semoga nasib Azri terbela.



Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.