Kotak Hitam Airasia QZ8501 Ditemui Hanya 1KM dari Lokasi Ekor Pesawat!

Kickbola.net
Kotak Hitam Airasia QZ8501 Ditemui 1KM dari Lokasi Ekor Pesawat
Kotak Hitam Airasia QZ8501 Ditemui 1KM dari Lokasi Ekor Pesawat

Kotak Hitam Airasia QZ8501 Ditemui 1KM dari Lokasi Ekor Pesawat

Kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas baru-baru ini telah ditemui di Lautan Jawa kata pihak berkuasa Indonesia di dalam satu kenyataan.

Menurut Ketua Direktorat Pengangkutan Marin Negara, kotak hitam akan dibawa naik dari dasar laut pada hari Isnin ini (esok).

Penyelam Angkatan Laut yang beroperasi bersama Kapal Negara Jadayat telah menemui kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501

Sebelum ini, signal kuat dari kotak hitam itu telah dikesan tidak jauh dari tempat ekor pesawat tersebut dijumpai.

"Signal ping itu dikesan kira-kira 1 km dari lokasi ekor pesawat ditemui," kata SB Supriyadi,  Pengarah Operasi dan Latihan Badan SAR Nasional.

Menurut Supriyadi, terdapat kemungkinan besar kotak hitam itu berada berdekatan dengan badan pesawat.

Bahagian ekor pesawat yang telah dibawa naik oleh pasukan mencari dan menyelamat.
Pesawat Airasia QZ8501 terhempas di Lautan Jawa pada 28 Disember lepas ketika dalam perjalanan dari Singapura ke Surabaya, Indonesia.

Kotak Hitam QZ8501 Dikesan Berdekatan Lokasi Ekor Pesawat


Setelah pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah berjaya menaikkan bahagian ekor pesawat AirAsia QZ8501 semalam, hari ini mereka mengenal pasti pula kedudukan kotak hitam. Menurut laporan Detik.com, pengesanan itu dibuat dengan pemerimaan isyarat oleh tiga buah kapal pencari.

Pengarah Operasi Badan SAR Nasional (Basarnas), Supriyadi berkata “Isyarat itu diterima dari 1km arah timur dari lokasi penemuan ekor pesawat berkenaan,".

Selain itu, usaha dalam pencarian komponen terpenting tersebut termasuk fiuslaj pesawat diberi tumpuan sepenuhnya hari ini.

"Setelah dibuat penelitian, kita akan hantar pasukan penyelam kapal KN Pacitan ke tiga kapal berkenaan," kata Supriyadi merujuk pada kapal Baruna Jaya, Java Interior dan Kapal GeoSurvey.

Isyarat kotak hitam itu difahamkan telah diterima dari kedalaman 30 meter dari dasar Laut Jawa.

Serpian baharu juga telah ditemui dan baru sahaja dibawa ke Pelabuhan Panglima Utar Kumai oleh Kapal Trisula.

Sementara itu, Tan Sri Tony Fernandes selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia turut memuat naik satu tweet menyatakan kotak hitam besar kemungkinan telah ditemui.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.