Ekor Pesawat Air Asia QZ8501 Dijumpai Tetapi Tanpa Kotak Hitam!

Kickbola.net
Ekor QZ8501 dibawa ke Pangkalan Bun
QZ8501: Ekor Pesawat AirAsia Telah Berjaya Diapungkan

Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) berjaya membawa naik ke permukaan laut bahagian ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dari dasar laut berhampiran Pangkalan Bun di Kalimatan Tengah.

Bahagian pesawat itu kini berada atas kapal pengangkut Crest Onyx yang sedang menuju ke Pangkalan Bun untuk tindakan seterusnya, termasuk mencari kotak hitam.

Kerja-kerja membawa naik bahagian ekor pesawat itu mengambil masa lebih 7 jam dan ia menggunakan kaedah pengapungan dengan enam beg pelampung.


Bagaimanapun, keadaannya didapati dalam keadaan yang tidak baik.

Bahagian ekor pesawat itu dikesan tiga hari lepas dan ia didapati dalam keadaan terbalik dan terbenam dalam dasar laut yang berselut.

Laporan itu juga menyebut pihak berkuasa masih tidak pasti sama ada kotak hitam berada dalam bahagian ekor itu.



Operasi SAR yang dikendalikan oleh Badan SAR Nasional (BASARNAS) dan dibantu oleh beberapa negara lain termasuk pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu memasuki hari ke-14 hari ini dan setakat ini 48 mayat telah ditemui.

Identiti 29 dari mereka telah dikenal pasti.

Pesawat yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu telah berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama.


Ia terputus hubungan dengan kawalan trafik udara Indonesia tidal lama setelah berlepas.

Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 orang warga Indonesia, tiga Korea Selatan dan masing-masing seorang rakyat Singapura, Malaysia dan United Kingdom.

Kru terdiri daripada enam rakyat Indonesia dan seorang warga Perancis.

- BERNAMA

QZ8501: Ekor Pesawat AirAsia Telah Berjaya Diapungkan

Ketua Pegawai Operasi SAR hari ini telah mengesahkan bahawa pasukan penyelam Tentera Nasional Indonesia (TNI) telaah berjaya mengapungkan ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ke permukaan air tengahhari tadi.

Beg pelampung yang digunakan dalam operasi itu berjaya mengapungkan bahagian ekor pesawat itu sekitar jam 11.50 Waktu Indonesia Barat.

Bahagian ekor pesawat yang telah ditemui beberapa hari lalu itu hanya boleh diapungkan pada hari ini kerana kekurangan peralatan.

Bagaimanapun penemuan bahagian ekor pesawat AirAsia yang merupakan lokasi terdapatnya kotak hitam dan alat perakam bagaimanapun kosong tanpa objek tersebut.



Operasi mengangkat naik ekor pesawat ini dari dasar laut Selat Karimata dimulakan sejak kelmarin tetapi keadaan arus air di dasar laut yang deras menyebabkan usaha itu terbantut sehingga hari ini.

Proses mengangkat ekor pesawat itu dimulakan pasukan penyelam dengan mengikat beberapa beg pelampung.



Terdahulu, penyelam juga cuba untuk mencari kotak hitam pada bahagian itu tetapi gagal berikutan arus air yang deras serta jarak pemandangan terhad di dasar laut.

Pengesanan sonar menerusi Kapal Navigasi Jadayat sebelum ini menjangkakan kemungkinan kotak hitam itu sudah terpisah daripada bahagian ekor pesawat.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.