FOTO menunjukkan bahagian badan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di dasar Laut Jawa yang ditemui Tentera Laut Singapura. - Foto Ng Eng Hen - Menteri Pertahanan Singapura
|
Kapal Tentera Laut Singapura menemui bahagian badan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas ke laut bulan lalu bersama 162 penumpang dan anak kapal, menurut Menteri Pertahanan republik itu.
Ng Eng Hen, dalam catatan Facebooknya, menyatakan beliau dimaklumkan bahawa satu daripada kapal tentera laut Singapura yang terbabit dalam pencarian itu, MV Swift Rescue, "sudah menemui kedudukan badan pesawat AirAsia di Laut Jawa".Menurut Ng, imej yang diambil Kenderaan Kawalan jauh (ROV) jelas menunjukkan bahagian sayap dan badan pesawat berkenaan.
"Kami sudah memaklumkan kepada BASARNAS, pihak berkuasa pencarian Indonesia yang kini boleh memulakan operasi...," katanya..