Terkini! Kuala Lumpur Tersenarai Dalam ‘Seven Wonder Cities’ Di Dunia

Kuala Lumpur Tersenarai Dalam ‘Seven Wonder Cities’ Di Dunia

Kuala Lumpur sekali lagi diiktiraf dunia apabila kali ini telah berjaya menjadi salah satu dari ‘Seven Wonder Cities’ di dunia yang telah diumumkan oleh Presiden New7Wonders, Bernard Weber di sini.

Selain Kuala Lumpur bandar-bandar lain yang tersenarai adalah  Beirut (Lebanon), Doha (Qatar), Havana (Cuba), La Paz (Bolivia), Durban (Afrika Selatan) dan Vigan (Filipina) dimana teah disenaraikan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), New7Wonders.

Menurut ,Bernard Weber berkata, kempen ini telah bermula sejak tahun 2011 dengan penglibatan sebanyak 1,200 buah bandar dari 220 buah negara dari serata dunia. Pemilihan bandar-bandar itu ditentukan menerusi sistem undian yang diadakan di Dubai, baru-baru ini.

Mereka yang menilai bandar-bandar ini terdiri daripada pakar-pakar dari bekas Ketua Kesatuan Pendidikan, Saintifik dan Budaya, Bangsa-Bangsa Bersatu, Profesor Federico Mayor dan arkitek berpengalaman, Zaha Hadid yang turut terlibat dalam pemilihan 28 bandar yang menjadi calon finalis, dipilih sejak Oktober tahun lalu.

“Selepas itu bandar-bandar yang terpilih ini akan dilawati terlebih dahulu sebelum diiktiraf bandar terbaik di dunia.

“Sebaik proses pengesahan dilakukan, New7Wonders kemudiannya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bandar-bandar itu untuk majlis pengiktirafan yang akan diadakan nanti,” katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.