Pegawai White House Putih pantau situasi pesawat AirAsia


Rumah Putih pantau situasi pesawat AirAsia

WASHINGTON: Rumah Putih menyatakan ia sedang memantau situasi kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura dan Presiden Barack Obama sudah diberi taklimat mengenai perkara itu.


Pesawat Airbus A320-200 yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu berlepas dari Lapangan Terbang Antara Bangsa Juanda di Surabaya di Jawa Timur pada 5.20 pagi (6.20 pagi waktu Malaysia) dan dijadualkan tiba di Singapura pada 8.30 pagi.




"Presiden sudah diberikan taklimat mengenai penerbangan 8501 AirAsia dan pegawai Rumah Putih akan terus memantau situasi itu," menurut jurucakap Rumah Putih, Eric Schultz.

Obama dan keluarganya sedang bercuti di Hawaii.



Menurut AirAsia, juruterbang penerbangan QZ8501 itu meminta kebenaran untuk mengubah haluan daripada laluan asal kerana cuaca buruk dan operasi mencari dan menyelamat sedang dilaksanakan.

Ketua Pengarah Pengangkutan Udara Indonesia, Djoko Murjatmodjo, memberitahu AFP bahawa pesawat berkenaan membawa tujuh anak kapal dan 155 penumpang - 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi. - AFP

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.