Lelaki Maut tercampak dari kereta Mewah


Maut tercampak kereta

Petaling Jaya: Seorang pemandu kereta mewah Aston Martin DB9 maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandunya dalam kemalangan di Kilometer 18 Lebuhraya Pantai Baru (NPE), awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa Muhammad Sirajullah Abu Bakar, 30, disahkan maut di lokasi kejadian selepas kereta dipandunya terputus dua.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta mewah berkenaan cuba mengelak sebuah motosikal yang ditunggang menentang arus di laluan itu.

"Pemandu dipercayai cuba mengelak lalu terbabas dan merempuh tiang jejambat menyebabkan bahagian depan kereta itu hancur berkecai manakala pemandu tercampak di atas jalan raya.


"Serpihan kereta itu kemudiannya terpelanting ke arah sebuah kereta lain jenis Proton Pesona yang dipandu seorang wanita berusia 43 tahun," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, wanita itu mengalami kecederaan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.