Malaysia sedia hulur sebarang bantuan kepada Indonesia berhubung kehilangan pesawat #AirAsia Indonesia - PM Najib
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan membantu untuk mencari pesawat Air Asia QZ8501 dari Surabaya, Indonesia ke Singapura yang dilaporkan hilang dari radar pagi tadi.
"Saya tidak dapat banyak maklumat pada masa kini dan cuma sudah disahkan bahawa sebuah pesawat Air Asia hilang.Sebuah pesawat penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura dilaporkan telah hilang komunikasi dengan menara kawalan pada hari ini(Ahad).
Pesawat QZ8501 itu dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 6.17pagi waktu tempatan memetik pegawai Kementerian Pengangkutan Indonesia.
Menurut apa yang dilaporkan pesawat itu mengandungi 149 penumpang Indonesia iaitu 3 penumpang Korea, seorang penumpang Malaysia, seorang penumpang British dan seorang penumpang Singapura.
Berita lanjut menyusul