Kejam! Mayat Bayi Ditemui Dalam Tandas Di Kepong


Mayat Bayi Ditemui Dalam Tandas Di Kepong

Sebuah kompleks membeli-belah di Kepong digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi dalam sebuah tandas kompleks berkenaan.

Mayat bayi lelaki dipercayai baru 36 jam dilahirkan dan diletakkan dalam beg kanvas berwarna merah hitam.

Insiden itu disedari oleh seorang tukang cuci yang terhidu bau busuk ketika masuk ke tandas berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata mayat bayi tersebut ditemui oleh tukang cuci yang terhidu busuk kira-kira pukul 3.20 petang.

“Dia kemudiannya menemui beg di hujung tandas sebelum memaklumkan kejadian kepada pengawal keselamatan. Selepas beg dibuka ada mayat bayi di dalamnya.

“Siasatan polis di tempat kejadian mendapati mayat bayi ini diletakkan di dalam beg kanvas berwarna merah hitam,” katanya.

Menerusi laporan anggota forensik, pemeriksaan mendapati bayi berkenaan cukup sifat namun masih belum dapat dipastikan bangsanya.

Tambahnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. -Metro Online

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.