Najib, Obama bincang isu ASEAN sambil main golf di Hawaii. Kedua-dua pemimpin mengambil peluang untuk membincangkan tentang perkembangan hubungan antara AS dan Malaysia. - Foto AFP
HONOLULU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kesempatan cuti di Hawaii dengan mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
Obama lazimnya tidak mencampurkan urusan rasmi dengan acara santai di padang golf, namun beliau menghabiskan masa bersama teman-teman lama dan wakil Rumah Putih, sesi golf Obama disertai Najib.
Jurucakap Rumah Putih memberitahu, Najib bersama Joe Paulsen dan Mike Brush bermain golf di pangkalan armada laut di Kanehoe Bay.
Ini bukan kali pertama Obama mengajak pemimpin dunia bermain golf bersamanya. Tahun lalu di Hawaii, beliau bermain bersama Perdana Menteri New Zealand John Key.
Dalam sebuah kenyataan rasmi, Rumah Putih berkata: “Kedua-dua pemimpin tersebut mengambil peluang untuk membincangkan tentang perkembangan hubungan antara AS dan Malaysia. Presiden berkata, beliau menzahirkan hasrat untuk menjalin kerjasama erat dengan Najib untuk tahun 2015, semasa Malaysia mempengerusikan ASEAN.”