Ahmad Rafikin ditemui meninggal dunia. Al-Fatihah

Adik Rafiqin Azman, 16 tahun yang diberitakan hilang sejak Sabtu lepas akhirnya ditemui meninggal dunia oleh pasukan penyelamat petang tadi. Hasil operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan oleh Bomba, PDRM, Tentera, Jpam dan agensi lain. Al Fatihah.
Ahmad Rafikin ditemui meninggal dunia

KUALA TERENGGANU - Pelajar tingkatan 4 yang hilang di Hutan Lipur Sekayu di Hulu Terengganu sejak Sabtu ditemui mati petang tadi.

P
elajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud yang hilang ketika menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu, ditemui mati, kira-kira jam 6.35 petang tadi.


Allahyarham Ahmad Rafikin Azman, 16, ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan, lapor sebuah portal berita.

Jenazahnya dibawa turun ke kaki gunung pada kira-kira jam 6.50 petang dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.

Al-Fatihah.

Hilang selepas sertai maraton

Seorang pelajar Tingkatan Empat dilaporkan hilang selepas mengambil bahagian dalam perlumbaan maraton di Sekayu, Kuala Berang.


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Deraman berkata, Ahmad Rafikin Azman, 16, tidak menyelesaikan acara maraton Gunung Gajah Terom dan bapanya Azman Ohtman, 50, membuat laporan polis pada kira-kira 6 petang.


Azman sebelum itu memaklumkan pihak penganjur apabila dia tidak dapat menemui Ahmad Rafikin, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, yang akan diambilnya pada pukul 3 petang selepas perlumbaan itu.

Kesemua 32 peserta yang lain telah tiba ketika itu.

"Selepas menunggu beberapa lama, Azman yang juga Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), membuat laporan polis," kata Hussin.

Difahamkan Ahmad Rafikin tidur di sebuah khemah di lokasi itu pada 31 Oktober dan meninggalkan telefon bimbitnya di rumah.

Operasi mencari dilancarkan oleh 42 anggota terdiri daripada anggota daripada pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, Rela serta penduduk kampung setempat.


Sementara itu, urusetia perlumbaan itu, Mohd Rafi Kori berkata Ahmad Rafikin hanya melalui pusat pemeriksaan pertama trek perlumbaan itu tetapi tidak kelihatan sehinggalah ke garisan penamat dalam kategori junior 12 kilometer yang disertainya.

Acara marathon itu disertai 540 peserta pelbagai peringkat umur bermula pada pukul 8.15 pagi.

Perlumbaan itu dianjurkan Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu dan diuruskan oleh Persatuan Kembara Negara. - Bernama

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.