Shalwati Norshal selamat tiba di Malaysia dari Penjara Hinseberg di Frovi, Sweden
0
2:47 AM
Sepang: Warga Malaysia Shalwati Norshal, 46, yang dibebaskan dari Penjara Hinseberg di Frovi, Sweden Isnin lalu atas kesalahan mendera dan mengasari anaknya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Sweden jam 1.41 petang, hari ini.
Shalwati ditemani kakaknya, Noor Azila Makhzan, 52, tiba ke negara ini menerusi penerbangan dari Sweden selepas transit di Dubai.
Sebaik tiba, Shalwati disambut suaminya, Azizul Raheem Awalludin, 38, serta keluarganya yang lain. Ketika pertemuan tadi, Shalwati yang memakai sut hitam dan berselendang memeluk suaminya serta kelihatan sebak selepas sekian lama tidak bertemu.
SHALWATI memeluk suaminya selepas tiba di KLIA.
Dalam sidang media sebentar tadi, dia turut melahirkan kesyukuran dan kegembiraan tiba ke negara ini.
Malah, Shalwati berasa tidak sabar untuk bertemu empat anaknya, Aisyah,15; Ammar, 13; Adam, 12, dan Arif, 8, yang kini berada di Kelantan.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date